Sunday, 29 April 2012

BANGANG 3.0

 semalam aku balek dari kerja. sebagai non partisan atau orang yang tak menyokong mana-mana parti aku tak kisah pasal bersih 3.0 kalau aku tak bekerja aku tak dapat elaun 10 ringgit sehari dan lepas saja aku balek kerja aku singgah PWTC pasal ada pesta buku. balek saja dari pesta buku aku pun serabut dengan keadaan di stesen lrt PWTC pasal ramai sangat orang dari bersih sampai la ke rakyat biasa yang sependapat dengan aku untuk pergi ke PWTC adalah jauh lebih bermakna dari duduk bantah BERSIH yang sudah 3 kali dibuat tapi masih gagal menunjukkan hasilnya.aku cukup panas hati kerana orang BERSIH buat taik, golongan tak bersalah seperti aku menjadi mangsa keadaan.ceritanya macam ni semasa aku berbaris nak beli token di mesin token lrt PWTC tiba-tiba staff rapid KL buat pengumuman ' sesiapa yang sudah beli token cepat naik lrt sekarang,sesiapa yang belum beli sila keluar kerana stesen ini akan ditutup'. dalam barisan panjang macam lipan memang harapan aku untuk beli token adalah tipis dan dengan perasaan marah aku keluar  dari stesen pwtc dan berjalan kaki patah balik ke stesen titiwangsa.sampai di stesen masjid jamek untuk tukar tren tiba-tiba mata aku pedih pasal sisa gas pemedih mata masih ada dan mata & hidung aku terasa perit.masa tu stesen masjid jamek jugak ditutup dari sebarang kemasukan penumpang.

                                        

bersih ni asalnya diasaskan oleh golongan aktivis yang mahukan sistem pilihanraya di malaysia bersih dan telus tetapi masuk saja bersih kali ni AMBINGAI aka AMBIGA  antara penaung nya. aku cukup berbulu dengan bersih ni pasal kenapa harus di buat di kawasan peniaga melayu mencari rezeki ?? sudah la mereka mencari nafkah hidup dengan berniaga di gerai kawasan masjid jamek, para aktivis ni pulak boleh buat DEMONstrasi di kawasan mereka berniaga.tidak kah itu menjejaskan pendapatan mereka untuk sehari dan pada hari sabtu dimana orang awam keluar membeli belah pastinya pendapatan peniaga di situ bertambah berbanding hari biasa dan lebih-lebih pasar malam jalan TAR setiap hari sabtu yang menjadi lubuk emas peniaga melayu mencari rezeki.dengan menjalankan DEMONstrasi di kawasan yang sama sejak 5 tahun lalu nampaknya ini seperti mahu menjahanamkan periuk nasi mereka.kalau ye pun para peniaga tu ikut duduk bantah setakat 150 ringgit sebagai upah besar mana la sangat berbanding jika mereka berniaga pada hari itu  yang menjanjikan pendapatan berlipat ganda.
sudah 5 tahun bersih wujud,dari zaman aku pasca PMR hinggalah zaman praktikal di vistana KL.cuma untuk edisi bersih terdahulu aku tak mengalami situasi seperti semalam kerana bersih 1.0 (2007) aku seorang homie - suka duduk rumah dan bersih 2.0 - update blog di rumah. jadi untuk bersih 3.0 aku kena bekerja kerana itu sudah termaktub dalam jadual aku dan aku bukannya dibayar 150 ringgit untuk DUDUK BANTAH. dan demonstrasi itu bukanlah sehebat yang berlaku di mesir,tunisia dan libya sehingga mampu menumbangkan kerajaan.dan bila aku tengok utusan malaysia hari ni najib masih hidup dan rosmah masih membolot kekayaan negara hari demi hari dan dalam manifesto bersih mereka tidak menuntut supaya had umur mengundi dikurangkan kepada 18 tahun macam di amerika syarikat. mereka lupa di masa akan datang anak muda la yang akan memerintah negara dan dunia pada hari ini dipinjamkan buat sementara kepada golongan BERSIH ini untuk menyumbang sesuatu kepada generasi masa hadapan dan bukannya untuk kepentingan mereka.

aku masih teguh dengan pendirian aku untuk menjadi seorang non partisan atau tidak menyokong mana-mana parti dan aku tak pernah sama sekali terlibat dengan parti bebas atau pun gerakan SALURAN TIGA.bukan aku tak ambik tau pasal politik tetapi pada aku ahli politik penuh dengan janji palsu,mereka menjanjikan macam-macam tetapi itu hanyalah sembang kosong mereka dan tak kira pakatan rakyat atau pun barisan national aku tak memihak pada mereka.yang aku inginkan ialah malaysia ini mampu menjadi negara berkebajikan seperti norway bukannya berkiblatkan pemimpin berserban,ber tali leher, tetapi hanya menjual agama islam dalam ceramah mereka.

No comments:

Post a Comment