15 april 2012 genap la 23 tahun tragedi hillsborough,iaitu insiden dimana penyokong liverpool terhimpit di lepping lane dan menyebabkan tolak-menolak berlaku dan ada yang mati dipijak kerana lepping lane berkapasiti 15 000 orang dan pihak stadium menjual tiket melebihi had dan ini menjadi punca kenapa insiden itu berlaku.
sebab lain ialah pintu masuk di kaunter tiket tidak berfungsi dan pintu pagar bersebelahan dibuka dan penyokong meluru masuk ke dalam stadium kerana di laluan masuk sempit dan mereka perlu ruang untuk bernafas dan berlaku lah insiden rempuhan dari belakang hingga ada muka penyokong terlekap di pagar belakang gol yang memisahkan padang dan tempat duduk.dalam sekelip mata 95 nyawa penyokong liverpool terkorban dan mangsa ke 96 meninggal setelah 4 tahun koma.
kematiannya 96 penyokong ini merubah landskap anfield sehingga terbinanya memorial hillsborough yang menempatkan nama-nama penyokong liverpool yang terkorban di stadium hillsborough milik kelab sheffield wednesday itu.sebagai tanda peringatan obor api menyala di abadikan di logo liverpool sempena mengenang 96 mangsa tragedi hillsborough.setiap tahun juga diadakan majlis memperingati mereka di stadium anfield dan pada 15 april setiap tahun liverpool tidak akan bermain pada tarikh itu.
No comments:
Post a Comment