Monday 16 April 2012

majlis memperingati titanik

 gambar di bawah ialah gambar but dan kot yang dipercayai milik mangsa titanik yang tenggelam,dari kedudukannya seperti but itu dipakai oleh si mangsa sehingga jasadnya reput dan bukannya tertanggal semasa dia tenggelam. gambar ini diambil pada tahun 2004 dan james cameron,pengarah filem titanik yang sudah 33 kali melawat tapak kapal itu tenggelam berkata semasa gambar itu diambil mereka hanya melihat but dan tiada rangka manusia.
                              
gambar ini pula menunjukkan upacara memperingati titanik kali ke 100 dengan 3 jambangan bunga dicampak ke laut untuk mengenang mangsa-mangsa korban titanik.majlis itu diadakan di atas kapal MS BALMORAL kapal itu melalui semula laluan yang dilalui kapal titanik sebelum merempuh iceberg.sebanyak 1309 penumpang turut serta dengan 50 daripadanya mempunyai pertalian darah dengan mangsa-mangsa yang tenggelam.
 ini ialah dr robert ballard yang mengetuai ekspedisi menjejak titanic dan kumpulannya berjaya menemui titanik pertama kali pada 1985 sejak ia tenggelam pada 15 april 1912.

No comments:

Post a Comment