Monday, 31 December 2012
Kotak Melipat Baju
pada aku,sungguh tak cool bila sampai part melipat baju.ada yang dilipat jadi kecik,ada yang dilipat jadi besar.dengan dikomersialkan kotak melipat baju ini masalah malas melipat baju dengan teknik yang betul dapat diatasi dan manual cara melipat baju di kotak ini juga ada disediakan. kotak melipat baju dijual pada harga 14.99 pound sterling di kotak melipat baju
10 Movie Terburuk Ulasan Jeremy Jahns
sebenarnya aku menyampah tengok jeremy jahns ni melalut dan membebel tak tentu hala.
Tuesday, 25 December 2012
Ketidak Puasan Hati Dan Realitinya
Assalamu'alaikum,
Sempena
Liga Malaysia yang akan bermula dalam tempoh 15 hari sahaja
lagi(saingan liga bukan Piala Sumbangsih), saja aku nak kongsi-kongsi
pendapat pasal "SUPPORT LOCAL FOOTBALL".
Bila
sebut pasal "local football", ramai yang menganggap ianya adalah
pasukan kebangsaan atau lebih dikenali dengan nama Harimau Malaya.
Mereka seolah-olah lupa yang kita sebenarnya ada liga domestik, kita ada
pasukan tempatan yang bersaing dalam kancah Liga Malaysia dan kita
sebenarnya ada pasukan bolasepak lain selain Harimau Malaya &
Harimau Muda. Kita ada liga kita sendiri weyh!! ;-)
Rata-rata
yang bercakap perihal "local football" ini akan bercerita mengenai
pasukan Harimau Malaya. Kalau kita cakap "jom pegi stadium sokong
bolasepak tempatan", mereka akan ingat yang mereka dah pergi stadium
waktu Piala AFF 2012 tempoh hari.
Bercerita
mengenai "Support Local Football" nih sebenarnya isu yang kalau kita
cakap ramai yang akan terasa dan ramai yang akan datang dengan
bermacam-macam bentuk pendapat mengenai cara sokongan, tetapi semuanya
akan bertumpu pada Harimau Malaya, susah nak cari yang bila sebut
"Support Local Football", orang itu bercakap pasal Melaka, Perlis, Kedah
ke atau Pahang, T-Team ke, jarang sekali kerana mereka pasti akan
tertumpu pada nama Harimau Malaya.
Satu
lagi cabang topik yang menyentuh hati di bawah topik "Support Local
Football" ialah bila kita berbicara mengenai sokongan terhadap bolasepak
Eropah dan pasukan luar. Bab nih memang ramai yang akan terasa dan
tersentuh hati. Kalau letak 10 orang, 10 orang tu akan terasa, kalau
letak 20 orang mungkin 18 orang akan terasa, begitulah statistiknya
secara kasar.
Aku
sebenarnya pelik dengan situasi sokongan di Malaysia, di mana restoran
dianggap seumpama stadium atas alasan ingin bersama pasukan kesayangan
masing-masing dari Eropah walhal di Malaysia sendiri ada stadium dan
pasukan tempatan. Jadi rasa pelik aku ini aku terjemahkan dalam satu
status aku di Facebook;
menang lah 20 berbalas kosong sekalipun...tapi
kalau bersorak depan "idiotbox" kata orang putih, berlari keliling
restoran, bernyanyi sekuat mana pun tapi kalau yang dengar tu hanya
mamak-mamak atau pelayan kedai atau jiran-jiran bukannya pemain-pemain
kesayangan anda...itu style menyokong yang macam mana tuh?? cuba pegi
bukak kamus check balik istilah dan makna menyokong..hehe..bukan
dengki..cuma biar nampak logik sikit duduk kat negara maju nih..tengok
boleh jek layan..cuma bila hang kata hang sokong tu yang datang pelik
dan tak terjangkau dek akal fikiran..lebih baik salurkan tenaga sokongan
dan kreativiti sokongan anda pada local football di stadium..baru real
brader!! ;-)
Aku
letak status begitu sebab memang aku pernah saksikan sendiri kelibat
orang-orang kita yang berada di restoran-restoran tapi lagak serta gaya
mereka memberikan sokongan memang sebijik macam di stadium. Setiap
minggu, apa yang dilakukan oleh penyokong di Eropah, mereka lakukan di
sini, cuma bezanya di Eropah mereka terjemahkannya di stadium untuk
pasukan tempatan mereka tetapi di Malaysia mereka terjemahkannya di
restoran untuk pasukan luar walhal kita ada liga kita sendiri, kita ada
pasukan tempatan kita sendiri, kita ada stadium kita sendiri.
Ada
yang mengatakan di mana jua kita ada aura atau "viral" sorakan itu akan
sampai dan melangkaui stadium, betul aku tahu pasal aura nih sebab tu
lah kena ke stadium, bukankah lebih sampai aura itu pada pasukan jika
stadium penuh berbanding 200-300 orang je yang pergi stadium(aku cakap
berdasarkan statistik pasukan tempatan aku, Selangor). Kan lebih sampai
auranya jika lebih dekat berbanding berjuta batu dan kilometer jauhnya.
Ada
juga mengatakan lebih mudah untuk menguruskan urusan harian jika tengok
bola di rumah, contoh kalau mereka yang ada bayi yang masih kecil dan
sebagainya, dah kalau kau ada bayi kecil tak payah lah pegi stadium, tak
kan bolasepak nih kejam sangat sampai ada hal-hal mustahak pun nak kena
pergi stadium. Tapi tak kan lah tiap-tiap minggu hanya 200-300 orang je
yang takde urusan harian dan anak-anak kecil(berdasarkan statistik
Stadium Shah Alam). Maksud aku ialah kalau kau boleh pergi ke restoran
setiap minggu untuk sokong pasukan jauh beribu kilometer dari tempat kau
berdiri kenapa tidak kau turun ke stadium untuk sokong orang kau
sendiri, pasukan tempatan kau. Kalau cakap pasal komitmen, kenapa kau
boleh bagi komitmen setiap minggu untuk pasukan luar tetapi tidak pada
pasukan tempatan yang majoriti mereka anak tempatan kau yang main. Apa
beza kau luangkan masa ke restoran atau ke stadium?? walhal kedua-duanya
pun pasal bola jugak.
Ada
juga yang mengatakan mereka tengok bola di restoran dan menyokong
pasukan luar itu kerana hiburan, lepak dengan kawan-kawan dan
sebagainya. Apa pegi stadium support local team tak boleh berhibur?? Apa
pegi stadium tengok Liga Malaysia tak boleh lepak ngan kawan-kawan kat
stadium??
Ada
pula kata lain orang lain cara, lain orang lain mentaliti. Betul, itu
aku memang setuju, tapi kenapa kau sibuk suruh pemain ikut cara
permainan Jepun lah, Barcelona lah. Kau suruh FAM tiru format liga Jepun
lah, liga di Eropah lah. Kau cerita pasal kemajuan liga orang tapi kau
sendiri tak nak tiru macam mana diaorang sokong liga tempatan diaorang.
Diaorang pun ada anak kecil yang menyusu, ada juga urusan harian mereka
di sana, tapi stadium penuh saban minggu walaupun untuk pasukan yang
lemau dan bawahan. Itu korang semua tak tengok ke? tak nak ikut? tak nak
contohi?
Bila
kita sebut pasal tu, mereka akan masuk pula bab kualiti permainan,
katanya mereka sokong pasukan luar sebab kualiti permainan pasukan itu.
Kalau nak ikut sokong sebab kualiti permainan, maka majoriti penduduk
dunia akan menyokong Barcelona sebab main cantik, abis kosong lah
stadium Persija, kosonglah stadium Persib, kosonglah stadium Galatasary,
kosonglah stadium Urawa Reds, kosonglah stadium Sydney FC, kosonglah
stadium Muangthong United, kosonglah stadium Chonburi FC, kosonglah
stadium Boca Juniors, kosonglah stadium Corinthians, kosonglah stadium
West Ham, kosonglah stadium Queens Park Rangers, kosonglah stadium
Palermo kalau dah semua nak sokong sebab pasukan tu main cun katanya.
Tapi peliknya bagaimana semua stadium yang aku sebut tu boleh penuh bagi
setiap perlawanan dalam saingan liga tempatan mereka?? Pasukan mereka
tak main cun macam Barcelona, macam Real Madrid tapi kenapa penuh?? Apa
diaorang takde komitmen lain ke? apa diaorang tak faham maksud
penyampaian aura atau viral sokongan ke? apa mereka takde TV 42" ke kat
negara mereka??
Ada
pulak yang kata mereka sokong sebab sokong dari kecik, yang nih paling
buat aku jem. Sokong dari kecik????? kau kecik-kecik pun duduk mana dik
non oii..?? ini semua tak lain tak bukan adalah trending, cuba tengok
Johor sebagai contoh, bertahun-tahun main stadium kosong tapi bila TMJ
jadikan bolasepak sebagai trending di sana, friendly pun penuh, hujan
pun masih duduk tengok bola. Jadi sekarang nak cakap pergi stadium sebab
kualiti permainan?? sebab takde anak kecik?? sebab urusan harian semua
dah selesai?? ini bukan nak kutuk orang Johor tapi nak bagi contoh dan
syabas warga Johor kerana telah kembali menyokong pasukan tempatan anda.
;-)
Ada
pulak yang cakap, kita tak boleh cakap yang tengok bola kat restoran
dan TV tu semua tak pegi stadium, mana tahu mereka lah yang memenuhi
stadium masa Malaysia main. Kalau macam tu baguslah, syabas, tapi aku
nak cakap bukan pasal pegi stadium masa Malaysia main sahaja, ini soal
liga domestik kita, liga tempatan. Kita ada liga sendiri tau tak, tapi
stadium jarang penuh, kesian kat pemain yang rata-rata orang kita nih
terpaksa bersaing dengan orang Eropah untuk menambat hati orang sendiri.
Ada
jugak yang cakap, aku tak kahwin lagi boleh lah pergi tengok bola
setiap game, aku takde anak kecik jadi aku tak faham apa erti komitmen.
Keliru kejap, berkecamuk otak memikirkan. Habis yang kat Eropah tu semua
bujang-bujang ke tengok bola?? Yang tiap-tiap minggu penuhkan Stadium
Sultan Muhammad ke-IV tu semua hok "buje-buje belako?" habis kenapa
Stadium Shah Alam tak ramai datang adakah sebab ramai rakyat Selangor
nih dah berkahwin dan ada anak kecik?? maknanya dalam seluruh negeri
Selangor nih hanya ada dalam lingkungan 200-300 orang sahaja yang masih
bujang dan tiada anak kecil?? sebab itu je ramainya setiap minggu.
Ada
juga falsafah sokongannya begini, disebabkan syarikat Malaysia ada yang
menaja pasukan di BPL contoh, Queens Park Rangers dan Cardiff City yang
membawa nama Malaysia di jersi mereka jadi mereka kata mereka sokong sebab ada kena
mengena dengan Malaysia. Aku pun pelik, apa yang Liga Malaysia tu takde
nama Malaysia ke? Takde kena mengena dengan Malaysia?? Apa yang main
dalam saingan liga tempatan nih semua takde kena mengena dengan Malaysia ke? semua orang luar ke yang main? ini kalau nak cakap pasal ada kena mengena dengan Malaysia lah kan kan kan.
Ada
pula yang cakap itu pilihan masing-masing nak sokong mana nak sokong
macam mana nak sokong depan TV ke nak sokong pasukan luar ke itu hak
mereka, betul aku setuju, jadi nanti kita tak perlu lah bising-bising
kalau coach pilih pemain yang dia suka sebab ikut suka dia lah hak dia.
Ikut suka pemain lah nak passing ke laut ke, nak tahan bola sebatu ke,
itu hak dia, ikut suka dia lah. Tapi itu jarang berlaku, sebab mesti
ramai yang akan suruh pemain yang ada dalam liga tempatan nih ikut suka
mereka, nak kena tahan bola cara yang mereka suka, nak kena passing ikut
gameplay yang mereka tentukan tapi mereka tak pernah nak fikir apa yang
pemain suka, apa yang jurulatih suka, pemain suka stadium penuh ada
pernah kau fikir? jurulatih gembira dapat aura sokongan dari stadium
yang penuh ada pernah kau fikir? Tapi bila borak, liga kita kena tiru
liga Jepun lah, liga kita kena swastakan lah, kena itu lah ini lah. Dia
sendiri pun tak berubah lagi suruh orang lain berubah.
Sebenarnya
kalau tak nak sokong "local football" nih macam-macam alasan diciptakan
demi untuk membela diri sendiri. Kita kata begini dia keluar alasan
nih, kita kata begitu dia keluar alasan tu, sudahnya sampai bila pun
stadium kita tak penuh dalam saingan liga tempatan kecuali perlawanan
akhir Piala Malaysia atau Piala FA, maka muncul penyokong setia yang
selama ini sembunyi kat mana tak tahu tapi tiba-tiba jadi setia.
Aku
kat sini bukan nak jatuhkan hukuman, nak cakap itu salah ini betul,
tidak, cuma pokoknya di sini ialah kita sokong bolasepak tempatan kita,
pasukan tempatan kita, pemain yang main pun orang tempatan kita(campur
1-2 import). Senang, "Support Local Footbal" bukan bererti membenci
liga-liga lain di seluruh dunia, cumanya "Support your local teams, your
local football scene, your local players".
Korang
yang support pasukan luar nih pasukan eropah semua bagus-bagus, idea
ada, cara sokongan menarik, semangat tu tinggi, cuma apa kata kalau
korang cuma lencongkan semua tu kepada pasukan tempatan anda di
stadium-stadium pasukan tempatan anda. Itu je, mudah je bukan aku suruh
kau pegi benci pasukan eropah atau bakar semua jersi pasukan eropah yang
kau dah beli selama nih, cuma aku ajak korang lontarkan tenaga sokongan
korang dan kreativiti sokongan korang pada liga tempatan untuk pasukan
tempatan anda. Ingat pasukan tempatan bukan pasukan Harimau Malaya ya.
Tapi
kalau dah tak nak jugak tak boleh buat apa lah, cakap macam mana pun
pasti akan ada alasan makanya terpaksa je lah pemain-pemain dan pasukan
tempatan mengadap stadium kosong dan penuh di satu-satu masa dan situasi
perlawanan sahaja.
Akhir kata "Support Local Football" dan Presiden FAM Sila Letak Jawatan(tambah lauk sikit bagi cukup rasa) hehe.
Sekadar tulisan dan pendapat.
Will Hughes - Cuba Teka Berapa Umur Dia ???
bermain untuk derby county,kalau dilihat pada pandangan pertama nampak macam nial horan pun ada dia ni. dah semacam jadi trend baka anak muda di england pada hari ini tidak lagi berbadan besar seperti frank lampard,james milner,gareth barry,steven gerrard,ashley cole (sekadar menyebut beberapa nama) adakah diet mereka yang menyebabkan susuk tubuh mereka fit sebegitu ?? will hughes kini bermain di posisi midfielder dan antara pemain muda yang menjadi hot prospect buruan kelab liga atasan.
semasa kali pertama melihat dia ni aku terfikir ' ai kecik nya! berapa umur dia ni ? setelah diselidik latar belakang will hughes ni,dia berumur 17 tahun dan bakal genap 18 tahun pada bulan april 2013 nanti pada pandangan pertama dia ni nampak macam budak berusia 14-15 tahun kerana fizikal dia yang kecik tapi dari apa yang aku google,tinggi dia 185 cm pelik kan.bukan ape,aku jeles sebenarnya bila tengok anak muda ada body slim + fit macam ni.aku dulu pun nak body type macam ni tapi disebabkan baka aku semulajadi besar maka mustahil la untuk aku dapat body type macam will hughes ni.

Golkeeper So Cool At The Moment - Evanildo Rodrigues
cerita nya semasa bermain menentang kelab al -rayyan,golkeeper berasal dari brazil ini cuba menghantar bola kepada rakan sepasukannya di sebelah posisi bek kanan,tetapi goal kick evanildo itu meliar dan terus menuju ke garisan sudut menyebabkan pihak lawan mendapat sepakan sudut.mujurla perlawanan itu memihak kepada kelab nya,el-jaish menang 1-0 ke atas al-rayyan.tidak dapat dipastikan adakah bola itu ditiup angin atau angin kencang yang bertentang arah menyebabkan bola tendangan evanildo itu meliar.
Video Singapura Meraikan Piala AFF Di Atas Bas Dan Stadium Jalan Besar
semalam aku hanya postkan gambar pemain singapur di lapangan terbang,atas bas 2 tingkat dan di stadium jalan besar.kali ini aku postkan video untuk kita berkongsi sama-sama kejayaan singapura memenangi piala aff ke 4 mereka dan kejayaan mereka membawa pulang piala aff setelah 5 tahun menanti.di atas logo bendera singapura juga ada 4 bintang membawa maksud mereka telaj memenangi nya 4 kali dan singapura pasukan terbaik dalam sejarah aff
Monday, 24 December 2012
Jean Ciptaan I/O Denim Yang Ada Ruang Menyimpan Smartphone
aku akui saiz blackberry yang petak menyebabkan poket seluar aku berasa sempit dan ketat.bila nak keluarkan smartfon dari poket jean je mesti lalui proses cuit-tarik iaitu proses mengambil masa beberapa saat untuk menarik keluar smarfon dari poket.maklumlah masa poket jeans direka masa tu cellphone belum wujud lagi.ciptaan I/O denim ini diharap menjadi satu trend global dan menjadi budaya baru dalam pemakaian seluar jean.
Piala AFF Diraikan Di Stadium Jalan Besar
Kemuncak Karier Aleksandar Duric
sepanjang pertandingan aff 2012 duric telah bermain di posisi di luar kebiasaanya seperti di sayap kiri, dia selalunya bermain di bahagian serangan dan berfungsi sebagai target man.dia juga diarahkan untuk bermain membantu bahagian pertahanan kerana fizikal nya yang besar dan tinggi mampu membantu mengeluarkan bola dari kawasan penalti.duric mengakui ini kejohanan paling mencabar pernah disertai nya.untuk musim 2013 bersama tampines rovers,duric akan memikul 2 tugas iaitu menjadi penyerang dan juga menjadi jurulatih kecergasan (fitness coach) dan tak hairan lah di usia 42 tahun duric masih mampu bermain bolasepak.
penyerang veteran berasal dari bosnia itu berharap supaya generasi muda singapura mengambil contoh darinya iaitu masih bermain di usia 40 an.untuk mencapai matlamat hendak lah berkorban masa dan tenaga,banyakkan berlatih dan fokus pada bolasepak,pasti mendatangkan hasil.dan semua usaha aleksandar duric itu berbaloi apabila dia menang piala aff pada usia 42 tahun dan dia tidak pasti adakah individu lain melakukan kejayaan serupa seperti nya sebelum ini atau pada masa akan datang.
berikut ialah detik-detik kenangan manis aleksandar duric semasa final aff di singapura dan thailand
Pemain Paling Bernilai - Shahril Ishak kaptain karisma
satu kekecewaan yang aku kesal di aff 2102 ialah shahril ishak tidak menjadi top scorer dan jika dia terus saja merembat bola masuk ke gawang thailand semasa final kedua di stadium suphchalasai sudah pasti dia berkongsi anugerah penjaring terbanyak bersama theerasil dangda.tapi ketika itu shahril telah memilih untuk menghantar bola kepada uncle duric dan bola itu di tolak keluar oleh pemain thailand.
kaptain karisma menerima hadiah sebanyak 10 000 us dolar sebagai pemain paling bernilai - most valueable player. raddy avramovic menyifatkan nilai shahril lebih daripada anugerah top scorer kerana shahril telah menjaringkan gol penting,teknik,sumbangan dan kebolehan dimilikinya membimbing singapower hingga ke final.
punca shahril ishak tidak menjaringkan gol ialah semasa di semi final ke dua dan final pertama radojko avramovic mahukan shahril membantu di bahagian tengah dan membiarkan khairul amri dan aleksandar duric di bahagian serangan.shahril memberitahu dia tidak memikirkan langsung tentang anugerah Most valueable player itu.matlamat utama shahril ialah dia ingin menjadi juara aff 2012 dan membawa pulang semula piala itu ke singapura.dan anugerah itu ibarat bonus kepadanya.
sebelum ini anugerah MVP ini telah dimenangi oleh 2 pemain singapura iaitu nazri nasir (1998) dan kapten aide iskandar (2005,2007) yang paling penting misi shahril untuk menjadi kapten singapura yang seterusnya menjulang piala itu tercapai.sebenarnya shahril sudah berhajat di aff 2010 untuk menjulang piala itu tetapi singapura tersingkir awal dan shahril terpaksa menanti 2 tahun lagi sebelum misinya itu berjaya

'i want to be the next captain to lift the AFF cup'
Pesanan Terakhir Raddy Avramovic
raddy mengesahkan final aff 2012 itu adalah perlawanan terakhirnya sebagai pengendali singapower.banyak kenangan manis telah dilalui nya di kota singa sepanjang khidmat 9 tahun nya.dia juga mendapat sokongan hebat dari mereka yang bekerja bersamanya dan dia berterima kasih untuk itu tanpa mereka apa yang dicapai pada hari ini tidak akan berlaku.hasilnya para pemain mencatatkan kejayaan dan memberikan satu kebanggaan pada mereka semua dan raddy bangga yang dia adalah jurulatih kepada pemain-pemain itu.
raddy juga berpendapat singapower layak di label sebagai terbaik di rantau asia tenggara , dia juga berpesan jangan terlalu megah dan riak dengan apa yang dikecapi sekarang kerana pasukan jiran di rantau asia tenggara sedang meningkat dan jika bangga dengan kejayaan pada hari ini mereka(singapower) tidak akan memenangi apa-apa selepas ini.dia juga berpesan masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki dan jangan berhenti menjadi lebih baik.
Sunday, 23 December 2012
Mafry Balang Sarawak 2013
pertahanan berasal dari sabah ini bermain untuk sarawak musim 2013 di liga perdana mafri sebelum ini bermain untuk sabah dan pada kempen piala malaysia lalu dia dipinjamkan ke kelantan dan juga bermain di piala afc bersama kelantan.mafri mempunyai susuk fizikal yang mampu menyaingi serangan dan perebutan bola di udara dan ini satu kelebihan untuk menutup kekurangan fizikal yang ada pada pertahanan sarawak,berusia 28 tahun mafri juga boleh membantu serangan terutama pada gerakan set pieces
antara trio sabah yang menyertai sarawak ialah bobby gonzales yang pernah beraksi untuk sarawak musim 2011 di era haji zaki dan robert albert,musim 2013 kembali menyertai sarawak setelah musim 2012 nya bersama sabahwaks dia gagal menemui sentuhan penyudah yang bagus,ronny harun yang pernah mewakili malaysia menyertai sarawak secara pinjaman pada kempen piala malaysia yang lalu kali ini di tandatangani secara kontrak tetap.
Sedikit Kenangan Aleksandar Duric
Sempena persaraannya dari arena antarabangsa uncle duric berkongsi kisah di awal usia 20 an nya dari saat dia di hungary hinggalah ke final piala aff 2012.
duric 42,dilahirkan di yugoslavia,bekas negara sosialis dimana edin dzeko juga dilahirkan.selepas gagal menemui sinar dalam kerjaya bolasepaknya di sweden dia kembali ke yugoslavia tetapi perang tercetus dan passport yugoslavia nya sudah tidak sah lagi dan pada masa itu dia jadi seorang manusia yang tidak bernegara dan tiada mempunyai wang dia terpaksa menetap di hungary.
di hungary dia menerima surat tawaran dari majlis olimpik bosnia yang baru dibentuk dan dia mendapat tawaran untuk mewakili bosnia ke sukan olimpik 1992 di barcelona.semasa di usia remaja duric ialah seorang juara dalam sukan kayak dan sebab itu dia ditawarkan untuk mewakili bosnia ke olimpik 1992 dan dia juga tersenarai antara kumpulan 10 atlet yang pertama mewakili bosnia ke sukan olimpik.perjalannanya ke barcelona bukan lah mudah dengan dia pergi ke barcelona dengan cara mengembara iaitu menumpang mana-mana kenderaan yang hendak menuju ke tempat yang sama laluan dengan nya.ini satu cabaran yang paling diingati nya kerana atlet olimpik lain menaiki kapal terbang untuk ke barcelona. selepas diturunkan di austria oleh seorang pemandu trak dia disoal siasat oleh polis imigresen dia menjawab dia dalam perjalanan ke sukan olimpik barcelona dan dia juga atlet mewakili negara bosnia tetapi mereka seperti tidak mempercayai butiran yang diberikannya dan mereka(polis) menganggap duric pelarian perang yang mencari perlindungan.dia kemudian berjaya meyakinkan mereka dan duric berjaya beraksi di sukan olimpik barcelona dalam acara kayak.
duric kemudian menyambung karier bolasepak nya ke australia dan pada tahun 2001 dia berhijrah ke singapura dan sejak itu dia mencipta nama antara penjaring gol terbanyak di liga singapura.duric memperolehi kewarganegaraan singapura nya pada tahun 2007 dan 2 bulan selepas diberi kerakyatan duric diberi peluang mewakili singapura di usia 37 tahun iaitu usia yang kebiasaanya menjadi titik noktah kepada karier seseorang pemain. pada debut pertamanya untuk singapura pada tahun 2007 duric menjaringkan 2 gol menentang tajikistan untuk singapura menang 2-0 dan kenangan itu paling diingati nya sehingga ke hari ini. dan kemenangan piala aff 2012 ditujukan khas kepada aleksandar duric yang bersara selepas tamat pertandingan aff edisi 2012 ini. duric telah mewakili singapura sejak edisi 2008 dan 2010 tetapi dia tidak pernah merasa ke final dan dengan kejayaan aff 2012 itu umpama kemuncak karier kepada duric.
tetapi duric masih belum bersara di peringkat kelab,penyerang tampines rovers ini menyatakan hasrat untuk bersara selepas musim 2013 tamat.adakah duric bersara terlalu lama ?? sudah tentu tidak, ahmed abdi robieh 45 dan terrence jones 44 masing-masing masih bermain dan mewakili djibouti dan us virgin island.
laporan asal : sejarah aleksandar duric

jasamu dikenang aleksandar duric !!!
duric oooo.... duric ooooo
he's only 42 his better than zidane
Kami Juara Kami Menang 4 kali !!!!
setelah 5 tahun penantian untuk membawa piala suzuki kembali ke kota singa penantian itu berakhir malam tadi.walaupun kalah 1-0 hasil tandukan kirati keawsombut tapi secara aggregat nya singapura menang 3-2.dapat dilihat dengan jelas malam tadi singapower memilih untuk bermain secara bertahan sehingga minit 94.
kemenangan malam tadi didedikasikan kepada uncle duric yang memilih untuk bersara selepas tamat edisi piala aff 2012 ini, raddy avramovic juga melakar sejarah sebagai jurulatih pertama memenangi AFF sebanyak 3 kali iaitu 2005,2007,dan 2012.kapten karisma,shahril ishak mendapat anugerah most valueable player of the tournament. skuad singapower sebenarnya tempang tanpa khidmat haris harun 14 dan shi jiayi 7, haris cedera di bahagian tulang kering sejak perlawanan menentang laos dan shi jiayi pula terpaksa kembali ke shanghai atas urusan keluarga.ini memberi masalah kepada kreativiti serangan singapura sejak perlawanan menentang filipina.
singapower juga masih mengekalkan rekod bersih di final dengan menang kesemua 4 final yang mereka layak iaitu 1998,2005,2007 dan 2012.setiap kali masuk final mesti singapower wajib menang diharap skuad singapower 2014 akan menuruti jejak langkah skuad singapura 2012

untuk bangsa dan negara !!! majulah !!!
Saturday, 22 December 2012
Cantik Macam Pokok Krismas Hahahahahha
Ada yang kata pakaian selebriti ini cantik,bergaya tapi bila menjelang musim sejuk kita pasti akan tersengih melihat mereka menggayakan pakaian bertemakan hiasan pokok krismas secara tak sengaja
Subscribe to:
Posts (Atom)