Sunday 18 September 2011

Ronaldo luis nazario de lima

ronaldo menyambut hari jadi nya yg ke 35 hari ini.lagenda brazil ini digeruni pada pertengahan era 90 an hinggalah pertengahan dekad 2000 an. legenda no 9 ini dikenali dengan gelaran phenomenon dengan skill geleceknya, rembatan padu dan kawalan bola yang mantap.

antara kemunculan awalnya utk brazil

memulakan karier senoir bersama cruzeiro dan dlm tempoh semusim saja dia mampu menarik perhatian kelab terkemuka belanda PSV eindhoven utk membelinya dan dari situ bermula lah langkah gemilang ronaldo.rezekinya juga bertambah apabila dipanggil menyertai skuad piala dunia brazil di piala dunia 1994 yang diadakan di AS. tetapi dia tidak diturunkan utk sebarang perlawanan pada kejohanan itu di mana brazil menjulang trofi ke 4 mereka.


beraksi di fifa 1998

pada 1996 dia dibeli oleh barcelona $17 juta  dan sejak itu nama ronaldo semakin digeruni di seluruh dunia.musim 1996-97 diakhiri dengan gemilang dengan menjaringkan 47 gol dari 49 penampilan.dia juga menjadi pemain tahunan fifa utk 1996 dan menjadi naib juara utk ballon d or.



aksinya di final fifa 1998
1997 dia disambar inter milan pada harga $19 juta dan mewakili brazil pada fifa 1998 di perancis.tetapi gagal menjulangnya apabila kalah kepada tuan rumah,perancis. dikhabarkan sebelum perlawanan akhir itu ronaldo telah diserang sawan dan dia terpaksa bermain dalam keadaan kurang cergas.pada november 1999 karier ronaldo seakan berakhir apabila dia cedera lutut dan dia terpaksa menjalani pembedahan.pada april 2000 dia kembali beraksi menentang lazio tetapi cedera lagi.selepas menjalani 2 pembedahan dan berehat panjang ronaldo kembali cergas utk beraksi di piala dunia 2002 dan brazil memenangi kejohanan itu dengan ronaldo menjadi penjaring terbanyak 8 gol dan menjaringkan 2 gol kemenangan brazil ke atas jerman.


rambut nya yang menjadi ikutan

menjaringkan gol di final menentang jerman

bersama rivaldo mengucup piala dunia ke 5
dia kemudiannya menyertai real madrid pada harga perpindahan 46 juta euro dan  memenangi   piala copa del rey,liga sepanyol dan intercontinental cup bersama mereka.pada fifa 2006 dia menyumbang 3 gol.

januari 2007 pula ac milan membelinya pada harga 8 juta euro dan ronaldo ternyata hilang sengatnya dengan bermain 20 perlawanan dan 9 gol utk satu musim setengah. setelah kerap cedera dan gagal kembali ke prestasi terbaiknya ronaldo dilepaskan dan kembali ke brazil

di brazil ronaldo masih disanjung tinggi oleh peminatnya dan dia memilih utk beraksi bersama corinthians.dan dia berjaya memulihkan prestasinya selama 3 musim bersama kelab itu.ronaldo akhirnya terpaksa akur dengan usianya apabila kecederaan membuatkan dia terpaksa mengantung boot dan pada majlis persaraan nya dia disambut dengan meriah oleh para penyokong.

ronaldo diiktiraf penjaring gol terbanyak di piala dunia FIFA dengan menjaringkan 15 gol mengatasi rekod gerd muller 14 gol. dia juga pemain ke 20 menjaringkan gol di 3 siri  piala dunia fifa ( perancis 1998,korea-jepun 2002 dan german 2006)



ronaldo telah memenangi pelbagai trofi tetapi dia tidak pernah menjulang UEFA CHAMPIONS LEAGUE. kerana pada musim dia menyertai ac milan di mana kelab itu menjulang UEFA CHAMPIONS LEAGUE ke 6 mereka ,dia tidak dibenarkan utk bermain kerana separuh musim itu ronaldo dia telah beraksi utk real madrid.

No comments:

Post a Comment