Friday, 2 September 2011

bill shankly sentiasa di inggati


 hari ini genaplah 98 usia bill shankly jika beliau masih hidup. mendiang bill shankly adalah bapa kepada kejayaan liverpool pada era 70 an. semasa beliau mula mengambil alih kelab pada era 50 an kelab ketika itu dibelenggu masalah pemain yg kurang berdaya saing, kemudahan latihan yg serba kekurangan dan stadium yg runtuh. beliau mengambil langkah drastik dengan melepaskan 24 orang pemain ketika itu dan merekrut pemain baru.

beliau turut mengubah bilik stor kepada bilik mesyuarat yg kemudiannya dikenali sebagai BOOT ROOM tempat di mana dia dan boot room boys yang lain spt joe fagan, reuben bennet dan bob paisley berbincang tentang taktikal permainan. ahli boot room kemudian nya menjadi pengurus kelab spt joe fagan dan bob paisley. keadaan di padang latihan melwood juga serba daif dengan padangnya yang ditumbuhi semak samun, dan hanya mempunyai sebatang paip air sahaja. beliau mula mengorak langkah dengan mengarahkan pemain berhimpun di anfield dan beramai ramai menaiki bas ke padang latihan dan dengan cara ini keakraban diantara pemain diwujudkan kerana mereka saling mengenali antara satu sama lain secara peribadi.




cara klasik bill shankly meraikan kejayaan bersama penyokong the reds
di melwood beliau memperkenalkan latihan kecergasan termasuk mengawal diet pemakanan dan latihan utk memantapkan skill pemain dengan menconteng dinding dengan 8 buah lukisan  gol dengan mengarahkan para pemain menendang dengan tepat ke setiap gawang gol. di padang latihan pula dia memperkenalkan permainan 5 lawan 5 yg menjadi identiti liverpool hingga ke hari ini. selepas latihan para pemain akan kembali ke anfield dan akan memanaskan badan mereka,berehat dan menikmati makan tengah hari dengan cara ini beliau akan memastikan para pemain mengikut langkah yg betul agar mereka tidak ditimpa kecederaan setelah melalui latihan keras.




shankly gates
pada 26 september 1981 bill shankly telah mengidap serangan jantung dan dia dikejarkan ke wad, ini menimbulkan rasa risau di kalangan penyokong the reds dan para peminat telah berdoa di gereja agar dia sembuh.pada 28 september beliau sekali lagi diserang serangan jantung dan pada 1.20 pagi 29 september 1981 bill shankly meninggalkan kita buat selama-lamanya.

utk memperingati bill shankly pada 26 ogos 1982 pagar utama stadium anfield telah ditukar kepada SHANKLY GATES dengan kata2 hikmat ' you'll never walk alone' tersergam indah di atas pagar.

No comments:

Post a Comment