Friday 7 June 2013

Teknologi Yang Mengspoilkan Mood Menonton TV

Dulu bila menonton amazing race aku cukup berdebar menunggu siapa yang akan menang cabaran episod itu dan siapa yang akan tersingkir.tapi sekarang ini aku tak perlu menunggu dan tak perlu lagi berdebar-debar melihat siapa yang akan tersingkir dan menang.caranya mudah saja iaitu dengan menekan browser di skrin bb aku dan menulis amazing race dan memilih capaian wikipedia.bila lihat di wikipedia,dan meneliti keputusan episod siapa yang akan tersingkir.dengan teknologi di dalam tangan aku ni semuanya dapat diketahui dengan pantas

Memang benar kemajuan teknologi telah banyak menghilangkan feeling kita apabila menonton tv. Internet ibarat jawapan di belakang buku teks dengan melihatnya kita terus saja menulis jawapan tanpa perlu membuat jalan kira.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment