Friday, 7 June 2013

Repeat Sem

Dalam kelas aku ada 35 orang student,tapi dari 35 orang tu hanya 30 orang akan konvo bersama-sama.mana pergi 5 orang lagi ?? 5 orang tu kena repeat paper Human Resource pasal paper tu diorang failed di final semester bermakna 30 orang tu berjaya sempurnakan 6 semester tapi 5 orang lagi kena sambung 1 sem.

rasa tak adil dan sedih jugak sebab patutnya final sem ni la sama-sama happy sebab dah berjaya tamat pengajian tapi ada segelintir lagi yang kena habiskan 4 bulan untuk 1 paper di final saja.bayangkan kelas 1 hari seminggu,3 jam pulak tu, tapi tak berbaloi la kan lebih-lebih lagi kalau yang berasal dari tempat jauh seperti pantai timur.

nak stay mana kalau kelas setakat seminggu sekali ?? Lagi susah bila takde kawan dan group untuk buat assignment dan tiru masa jawab test dan kuiz sebab sepanjang 5 semester (tolak semester 4 pergi latihan industri) asyik bergantung pada ahli group je untuk siapkan assignment.

mujur la aku tak repeat selepas final sem sebab kalau repeat paper sem 5 di semester 6 itu tidak jadi masalah sebab masih lagi duduk di sabak menghadap hari kuliah isnin-jumaat,cuma kena deal la dengan lecturer yang ajar subjek repeat tu.ini aku bagi contoh je,repeat paper di semester akhir tak la susah berbanding repeat paper di extend sem.aku tak repeat pun paper sepanjang 6 sem.



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment