Wednesday, 5 June 2013

Stadium Kelantan-Terengganu-Pahang

Apa yang dapat aku rumuskan semasa perjalanan aku di pantai timur tempoh hari stadium di 3 negeri ini terletak di tengah-tengah bandar tak mustahil mampu menarik kehadiran ramai penonton kerana stadium sultan muhammad ke 4 terletak di tengah bandar kota bharu,dari hotel sutera inn tempat aku menginap jalan kaki saja sudah cukup untuk ke stadium SSM4 di KB.Di sekitar stadium juga meriah dengan medan selera dan ada juga KFC di belakang stadium,kalau tengok di tv semasa live game kelantan dapat dilihat dengan jelas logo kfc ini yang tingginya kurang sedikit dari scoreboard stadium SSM4

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula betul-betul terletak di bulatan yang ada replika Batu Bersurat,aku cukup hormat dengan kerajaan di 3 negeri pantai timur ini kerana membina stadium di tengah bandar berbanding kerajaan sarawak yang membina stadium di kawasan yang jauh dari tamadun manusia.dari kawasan hentian bas MBKT aku dapat melihat dengan jelas tiang lampu stadium ini walaupun aku tidak sampai ke sana dengan kaki aku sendiri , aku akhirnya sampai ke bahagian belakang stadium ini yang terletak nya berek polis yang sudah ditinggalkan.aku tak sempat nak snap gambar stadium ni sebab masa tu aku duduk dalam kereta dan stadium itu di sudut yang tidak berhadapan dengan tempat duduk aku

Stadium Darul Makmur,pahang pula setelah di renovasi sungguh berwarna warni rekaannya.lagi cantik stadium ini terletak di kawasan bandar Kuantan yang membangun juga terletak hampir dengan shopping mall,kalau malas nak teman pasangan shopping boleh luangkan masa di malam hari berkunjung ke sini.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment