Wednesday 12 June 2013

Hangover Part 3

Permulaan cerita chow berjaya meloloskan diri dari penjara.alan memandu kereta dengan satu kabin zirafah di belakangnya.tetapi di satu jalan ada flyover yang tingginya tak melepasi ketinggian kepala zirafah alan dan menyebabkan kepala zirafah yang baru dibelinya putus.

Alan di marahi oleh ayahnya dan tiba-tiba ayahnya pengsan kerana serangan jantung dan meninggal dunia.The wolfpack berpakat untuk menghantar alan yang sudah berusia 42 tahun ke pusat pemulihan tetapi dalam perjalanan mereka di tahan oleh marshall,taikun yang mahukan emasnya kembali setelah dicuri oleh chow.marshal mahukan mereka kerana alan sentiasa berhubung dengan chow.di satu bandar mereka menjumpai chow dan cuba meracun chow dengan memasukkan ubat bius ke dalam minumannya tetapi tidak berjaya kerana chow dapat menghidu bau ubat itu.

Satu scene flashback,Chow menyamar menjadi sherif untuk membunuh orang marshal dan merampas 21 jongkong emas.marshal mahukan chow dan jongkong emas yg dirampas oleh chow untuk itu doug menjadi tahanan marshal sementara alan,phil dan stu diarahkan mencari chow.bersama chow mereka merancang menceroboh ke sebuah mansion kononnya milik chow untuk mengambil jongkong emas yang tertanam di bawah tanah.

mereka berjaya memecah masuk dan menemui emas itu tetapi the wolfpack dikhianati oleh chow yang mengunci mereka di ruang bawah tanah.rupa-rupanya chow memang tidak pernah tinggal di mansion itu dan mansion dan emas yang digali mereka itu milik marhsal bukan yang dirampas oleh chow.marshal yang marah telah menembak mati doug hitam (ketua sekuriti dan pusher yang menjual dadah kepada alan dalam hangover 1) chow melarikan emas itu bersama van mini phil dan berjaya mengesan van mini itu menggunakan application find my phone di smartphone milik alan.

mereka menjumpai van mini di depan kedai pajak gadai dan alan menggoda perempuan gemuk cashier kedai itu untuk mengetahui dimana chow.chow menggadaikan sejumlah jongkong itu untuk berseronok di caesar palace dan mengupah pengiring perempuan.

Lantas mereka teringatkan seorang stripper,jade yang kini mengahwini seorang doktor dan tinggal di rumah mewah.paling dinantikan ialah bayi lelaki anak kepada jade yang dijaga oleh alan dalam hangover 1 dulu telah berusia 5 tahun.kanak-kanak itu dinamakan oleh alan sebagai carlos.jade tidak dapat memberikan sebarang maklumat kerana dia tidak lagi bekerja sebagai stripper.

Di caesar palace mereka menceroboh ke bilik chow melalui rooftop dan stu menunggu di dalam kereta.chow melarikan diri dengan payung terjun dan terhempas ke atas bumbung kereta stu.chow dibawa oleh mereka menemui marshal tetapi bila but belakang dibuka tiada jasad chow disitu dan tiba-tiba chow melompat keluar dari sunroof menembak chow dan pembantunya.chow cuba membunuh the wolfpack tetapi dia membatalkan niat itu kerana alan telah membuka but belakang untuk meletakkan chow di tempat duduk belakang.chow menawarkan jongkong emas kepada allen tetapi dia menolak dan menamatkan persahabatan dengan chow kerana chow memberi pengaruh buruk kepada kumpulan wolfpack itu.

Alan menemui cassie,cashier kedai pajak gadai itu dan mempelawanya keluar makan dan berjudi di kasino tetapi dia diharamkan dari masuk ke kasino.2 bulan kemudian alan mengahwini cassie dan mengatakan cassie lebih baik dari isteri-isteri kawan-kawannya.alan memilih untuk meninggalkan wolfpack dan menghabiskan masanya dengan cassie.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment