Saturday, 8 June 2013

Kawasan Setinggan Romania Di London

Jika di Malaysia,kawasan setinggan dihuni oleh CIMB = cambodia,indonesia,myanmar,bangladesh  tapi di London di sebuah kawasan bekas tapak padang bola sepak yang telah dirobohkan telah dibina rumah setinggan oleh imigrant dari Romania.Mereka datang ke UK untuk bekerja dengan dibayar 30-40 pound sehari,majoriti mereka ini adalah orang susah dan mencari pekerjaan di UK kerana bayaran 30-40 pound sehari itu agak lumayan.antara pekerjaan yang dibuat oleh mereka ialah menjadi buruh kasar dan pekerja cuci kereta.

masalahnya kawasan bekas tapak padang bola itu sudah banyak kali dipagari oleh majlis daerah Barnet tetapi tetap juga dicerobohi oleh imigrant yang sudah mempunyai 50 orang penghuni di situ.mereka membina rumah dari kayu terbuang,plastik dan kain getah,disitu juga tiada bekalan air bersih yang disediakan.untuk kekal survive mereka mandi di tasik berdekatan dan membeli air minuman di tesco.kemudahan asas seperti penjagaan kebersihan dan bekalan elektrik juga tiada.masalah haiwan perosak seperti tikus juga wujud tapi diatasi dengan kehadiran kucing di situ.





No comments:

Post a Comment