Wednesday 5 June 2013

Azhari Azizam

Aku ada tweet dengan dia ni yang aku mula kenal dia pun dari satu drama yang disiarkan masa bulan puasa tahun 2005 dulu,drama tu disiarkan di tv1 setiap petang,dalam cerita tu dia ni jadi budak busking ikut abang,kakak dan seorang busker main muzik di jalan tar,lepas je busking dia menyamar jadi pemintak sedekah depan wisma yakin.dia ada minat sepasang baju raya berwarna kuning tapi duit yang dia ada tak cukup untuk beli baju tu.dia cuma sempat cuba pakai baju tu muat tak dengan badan dia lepas tu dia tak jadi beli baju.azhari azizam ni pun cakap la yang tu drama "baju baru untuk amri".masa tu tahun 2005 umur dia 8 tahun,sekarang dia dah berusia 16 tahun.

Antara drama dia yang lain ialah E Toyol.com,dia ni dipanggil Dogol oleh budak-budak sekolah dia.dia ni ada buat satu website kononnya ada gangguan toyol di kawasan tempat tinggalnya.semua yang ditulisnya itu adalah cerita palsu tetapi menjadi seakan betul sebab ada seorang lelaki yang membela toyol pada masa yang sama menjadikan ini semua kebetulan.drama E-Toyol ni disiarkan di tv3 setiap petang pada tahun 2009.aku mula tengok drama E toyol ni pun pada bulan disember 2010 sebaik saja balik dari kuliah.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

1 comment:

  1. Dia juga pernah berlakon telefilem Jauhnya Lambaian Itu. Saya suka lakonan beliau.
    https://www.youtube.com/watch?v=LbV9gisvla0

    ReplyDelete