Wednesday, 5 June 2013

Kenapa Undi PR Di Terengganu Meningkat Menjadi 50%

Ini berdasarkan kepada apa yang aku perhatikan sajalah, kelmarin semasa aku merayau di sekitar kawasan pasar payang, aku jumpa banner jaga dan pelihara lah pasar payang warisan kita.juga terlihat ada ura-ura pasar payang akan diroboh dan digantikan oleh hotel 5 bintang,wow ! Aku rasa itu la point nya kenapa undi kepada PR di Terengganu PRU 13 lepas meningkat.

Melihat kepada persekitaran pasar payang itu,aku merasakan penambahbaikan yang perlu ada ialah penambahan lot parking kereta kerana punya lah lama bapak aku tunggu turn untuk masuk ke bangunan parking tapi satu lot parking pun takde yang kosong.merobohkan pasar payang digantikan dengan hotel 5 bintang adalah satu tindakan bangang dan dalam hal ini aku menyebelahi rakyat terengganu yang berusaha memastikan pasar payang ini dikekalkan.

Aku tengok bangunan pasar payang ini masih elok,bersih dan lebih kemas dari pasar Dato Keramat depan lrt dato keramat itu.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment