malam semalam 24 jun 2013 memahat sejarah baru dalam bolasepak sarawak apabila skuad sarawak di era ANGKAT BALIT berjaya memenangi liga perdana malaysia,lebih manis lagi trofi itu diraih setelah 16 tahun sarawak tidak meraih sebarang kejuaraan.sepanjang tempoh 16 tahun itu juga sarawak hanya mampu melihat pasukan lain menjulang kejuaraan : Brunei ( piala Malaysia 1999) Selangor ( piala FA 2001 ) PKNS Selangor ( Liga Perdana 2011 )
Tahun 1997 dimana sarawak memenangi liga perdana mereka hanya merayakannya di kuching dengan piala yang dibuat dari keratan kadbod kerana pada malam yang sama sabah juga bermain dan sarawak perlu menang untuk memastikan liga perdana milik mereka.
malam semalam stadium negeri yang berkapasiti 26 ribu penonton begitu penuh dengan kehadiran penonton yang mahu melihat sarawak menjulang piala pertama mereka di abad ke 21 dan dengan lawan mereka kuala lumpur yang diselubungi bookie dan prestasi tak menentu seakan satu laluan mudah apatah lagi kedudukan liga sebelum perlawanan semalam kuala lumpur yang mengumpul 14 mata ketinggalan 6 mata dari UITM fc di tangga ke 9 liga.
sarawak memulakan jaringan melalui pemain import muammer salibasic yang dipanggil amer sali dikalangan penyokong tempatan.Amer Sali menjaringkan gol pada minit ke 20 dan kedudukan 1-0 kekal hingga separuh masa pertama.perlawanan semalam tiada sebarang tekanan pada pihak sarawak kerana 1-0 saja sudah cukup untuk mereka menjulang trofi liga perdana di hadapan penyokong sendiri.
ketua pasukan : shahrol saperi,lebih berkarisma dari sapig rahim
No comments:
Post a Comment