Tuesday, 25 June 2013

Gambar Sarawak Menjuarai Liga Perdana

semua gambar ini milik jurugambar bernama chimon.upon . paling menyentuh hati bila 3 trio sarawak yang pernah bersama menimba ilmu di hartlepool dulu #16 shahrol saperi ( ketua pasukan ), #19 joseph kallang tie dan  # 33 zamri morshidi menangis bersama kerana tak percaya setelah 16 tahun tanpa sebarang kejuaraan mereka telah menamatkannya pada malam itu.sebagai juara liga perdana sarawak menerima habuan sebanyak rm 30 000.pemain keturunan sabah,junior eldstal diserbu peminat wanita,tak dinafikan kehenseman junior eldstal yang 100 kali lebih hensem dari safiq rahim mampu membuatkan kelibatnya di padang jadi perhatian peminat.





Championee Championee Ole Ole Ole Sarawak Juara Liga Perdana 2013

 

malam semalam 24 jun 2013 memahat sejarah baru dalam bolasepak sarawak apabila skuad sarawak di era ANGKAT BALIT berjaya memenangi liga perdana malaysia,lebih manis lagi trofi itu diraih setelah 16 tahun sarawak tidak meraih sebarang kejuaraan.sepanjang tempoh 16 tahun itu juga sarawak hanya mampu melihat pasukan lain menjulang kejuaraan : Brunei ( piala Malaysia 1999) Selangor ( piala FA 2001 ) PKNS Selangor ( Liga Perdana 2011 )


Tahun 1997 dimana sarawak memenangi liga perdana mereka hanya merayakannya di kuching dengan piala yang dibuat dari keratan kadbod kerana pada malam yang sama sabah juga bermain dan sarawak perlu menang untuk memastikan liga perdana milik mereka.
malam semalam stadium negeri yang berkapasiti 26 ribu penonton begitu penuh dengan kehadiran penonton yang mahu melihat sarawak menjulang piala pertama mereka di abad ke 21 dan dengan lawan mereka kuala lumpur yang diselubungi bookie dan prestasi tak menentu seakan satu laluan mudah apatah lagi kedudukan liga sebelum perlawanan semalam kuala lumpur yang mengumpul 14 mata ketinggalan 6 mata dari UITM fc di tangga ke 9 liga.


sarawak memulakan jaringan melalui pemain import muammer salibasic yang dipanggil amer sali dikalangan penyokong tempatan.Amer Sali menjaringkan gol pada minit ke 20 dan kedudukan 1-0 kekal hingga separuh masa pertama.perlawanan semalam tiada sebarang tekanan pada pihak sarawak kerana 1-0 saja sudah cukup untuk mereka menjulang trofi liga perdana di  hadapan penyokong sendiri.

 
Di separuh masa kedua, ronny harun bek tengah kental dari sabah ini menjaringkan gol pada minit ke 67 satu stadium bergema.di 10 minit terakhir dimana perlawanan seakan berakhir 2-0 joseph kallang tie menggandakan kedudukan menjadi 3-0 dan tinggal baki beberapa minit terakhir g bwele menjaringkan gol menjadikan kedudukan 4-0 pada minit 88 dan selepas itu penyokong sarawak meraikan kemenangan dan pengesahan kejuaraan pada malam itu seperti tiada hari esok bagi mereka.

Berkenaan isu naiknya banner NO LIVE NO PROBLEM itu adalah tanda  protes penyokong sarawak iaitu galore buceros 13 bersama penyokong lain kerana tiada siaran langsung disiarkan di tv saat sarawak meraih kejuaraan liga mereka.hairan kerana atm juara liga perdana tahun lepas ada siaran langsung ditayangkan di tv dan banyak kali juga game liga perdana pasukan ATM ditayangkan di  tv.
ketua pasukan : shahrol saperi,lebih berkarisma dari sapig rahim

Monday, 17 June 2013

Kisah Sedih Baihakki Khaizan

Aku ada jugak cuba carik macam mana rupa ayah kepada baihakki ini iaitu encik Khaizan,tapi segala usaha itu menemui jalan buntu.di instagram,twitter milik baihakki juga tiada gambar bapanya disertakan sehinggalah aku melihat 1 gambar di akaun facebook baihakki dimana isterinya norfasarie menulis satu perenggan pendek yang menamatkan segala pencarian selama ini untuk mengetahui bagaimana rupa bapa si baihakki itu.sebak juga aku membaca tulisan norfasarie ini mengenai perjalanan hidup baihakki


Friday, 14 June 2013

Tamat Sudah Riwayat Majalah G3


Semalam aku pergi ke terbca pengumuman di akaun fb majalah G3 yang secara rasminya telah menamatkan penerbitannya.puncanya,akibat kemajuan teknologi menyebabkan kurangnya minat pembeli untuk membeli g3.diterbitkan sejak pertengahan 2005 secara 2 bulan sekali,g3 kemudiannya diterbitkan secara sekali sebulan dan kemudian untuk beberapa siri pernah diterbitkan secara kombo dengan majalah JOM pada 2006 tapi format itu tidak bertahan lama kerana majalah JOM kurang mendapat sambutan.

Pada 2007 g3 kembali diterbitkan secara single dan format itu berkekalan sehingga kini.pada 2008 maskot g3 Codet diperkenalkan dan sehingga kini menjadi maskot rasmi menghiasi cover majalah g3.sebelum codet maskot g3 ialah sekumpulan alien.untuk kartun dalam g3 pula yang menjadi kegemaran aku sehingga kini ialah (ada diantara siri ini diterbitkan secara pendek dan ada yang sudah lama pupus)
  • misterius grapers
  • lelaki belalang
  • jamal dan jamil
  • pabila binatang bersuara
  • Emo vs Mazrul
  • Mat rock cintan
  • esha dan boy
  • the last koboi
  • love @ skool.com
  • cerekarama-rama
  • cambest jer
  • kobis corner
  • lima bintang
  • ayiep dan boy
  • wanted
  • seram siot
  • BREK! kriminal/misteri
  • 1 love alien
  • G three planet
  • bear dan bob
  • goreng seround bersama bro jack
  • pendekar akop
  • old skool band 
  • hidup ini indah (bang zan)
  • MRSM membongkar rahsia silap mata
  • yo dude
  • eternal sun
  • jom jalan-jalan
  • felda world
  • ipin balon
  • rockalogy
  • aku suatu waktu dahulu
  • bro cow mr chicken

 Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday, 13 June 2013

Fast And Furious 6

Letty,kekasih lama dom toretto masih hidup dan dia hilang ingatan.di awal cerita ini dia jadi watak antagonis dan dihujung cerita dia jadi watak protagonis

Hahn dan gisele, 2 watak yang paling aku nantikan dalam movie ini.semasa scene memusnahkan pesawat,gisele mati kerana cuba menyelamatkan hahn dan dihujung cerita hahn mati dalam kemalangan di jepun.seperti yang berlaku dalam tokyo drift.

Kali ini leo dan santos 2 lelaki brazil tidak bersama krew dom toretto menjejaki luke shaw.dom kini bersama elena,bekas rakan sejawat luke hobbs,hobbs kini dibantu seorang pegawai baru bernama Riley tetapi di hujung cerita sebenarnya riley ini undercover kepada owen shaw untuk mengetahui segala aktiviti dan rancang hobss dan torreto untuk memerangkapnya.

Brian pula kembali ke US menjadi banduan untuk mendapatkan maklumat dari braga yang dipenjarakan.dengan mendekati braga yang berdendam dengan brian kerana memenjarakannya,dia akan dapat serba sedikit petunjuk atau maklumat untuk mengetahui bagaimana untuk mengesan owen shaw.

Di hujung cerita mereka berjaya kembali ke US dan mendapat pengampunan hasil usaha bersama hobbs menghapuskan owen shaw.letty kembali bersama dom,brian dan mia bersama anak mereka jack kembali menetap di rumah pusaka keluarga toretto,hahn kembali ke jepun,tej dan roman meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Elena memilih untuk kembali bertugas sebagai polis dan memulangkan dom kepada letty.selepas post kredit hahn memandu kereta di tokyo dan dia dilanggar oleh sebuah kereta kemudiannya jason statham keluar dan menelefon dom toretto dan mendedahkan dia ialah abang kepada owen shaw.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, 12 June 2013

Hangover Part 3

Permulaan cerita chow berjaya meloloskan diri dari penjara.alan memandu kereta dengan satu kabin zirafah di belakangnya.tetapi di satu jalan ada flyover yang tingginya tak melepasi ketinggian kepala zirafah alan dan menyebabkan kepala zirafah yang baru dibelinya putus.

Alan di marahi oleh ayahnya dan tiba-tiba ayahnya pengsan kerana serangan jantung dan meninggal dunia.The wolfpack berpakat untuk menghantar alan yang sudah berusia 42 tahun ke pusat pemulihan tetapi dalam perjalanan mereka di tahan oleh marshall,taikun yang mahukan emasnya kembali setelah dicuri oleh chow.marshal mahukan mereka kerana alan sentiasa berhubung dengan chow.di satu bandar mereka menjumpai chow dan cuba meracun chow dengan memasukkan ubat bius ke dalam minumannya tetapi tidak berjaya kerana chow dapat menghidu bau ubat itu.

Satu scene flashback,Chow menyamar menjadi sherif untuk membunuh orang marshal dan merampas 21 jongkong emas.marshal mahukan chow dan jongkong emas yg dirampas oleh chow untuk itu doug menjadi tahanan marshal sementara alan,phil dan stu diarahkan mencari chow.bersama chow mereka merancang menceroboh ke sebuah mansion kononnya milik chow untuk mengambil jongkong emas yang tertanam di bawah tanah.

mereka berjaya memecah masuk dan menemui emas itu tetapi the wolfpack dikhianati oleh chow yang mengunci mereka di ruang bawah tanah.rupa-rupanya chow memang tidak pernah tinggal di mansion itu dan mansion dan emas yang digali mereka itu milik marhsal bukan yang dirampas oleh chow.marshal yang marah telah menembak mati doug hitam (ketua sekuriti dan pusher yang menjual dadah kepada alan dalam hangover 1) chow melarikan emas itu bersama van mini phil dan berjaya mengesan van mini itu menggunakan application find my phone di smartphone milik alan.

mereka menjumpai van mini di depan kedai pajak gadai dan alan menggoda perempuan gemuk cashier kedai itu untuk mengetahui dimana chow.chow menggadaikan sejumlah jongkong itu untuk berseronok di caesar palace dan mengupah pengiring perempuan.

Lantas mereka teringatkan seorang stripper,jade yang kini mengahwini seorang doktor dan tinggal di rumah mewah.paling dinantikan ialah bayi lelaki anak kepada jade yang dijaga oleh alan dalam hangover 1 dulu telah berusia 5 tahun.kanak-kanak itu dinamakan oleh alan sebagai carlos.jade tidak dapat memberikan sebarang maklumat kerana dia tidak lagi bekerja sebagai stripper.

Di caesar palace mereka menceroboh ke bilik chow melalui rooftop dan stu menunggu di dalam kereta.chow melarikan diri dengan payung terjun dan terhempas ke atas bumbung kereta stu.chow dibawa oleh mereka menemui marshal tetapi bila but belakang dibuka tiada jasad chow disitu dan tiba-tiba chow melompat keluar dari sunroof menembak chow dan pembantunya.chow cuba membunuh the wolfpack tetapi dia membatalkan niat itu kerana alan telah membuka but belakang untuk meletakkan chow di tempat duduk belakang.chow menawarkan jongkong emas kepada allen tetapi dia menolak dan menamatkan persahabatan dengan chow kerana chow memberi pengaruh buruk kepada kumpulan wolfpack itu.

Alan menemui cassie,cashier kedai pajak gadai itu dan mempelawanya keluar makan dan berjudi di kasino tetapi dia diharamkan dari masuk ke kasino.2 bulan kemudian alan mengahwini cassie dan mengatakan cassie lebih baik dari isteri-isteri kawan-kawannya.alan memilih untuk meninggalkan wolfpack dan menghabiskan masanya dengan cassie.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sunday, 9 June 2013

Aktiviti Ahad 8 Jun 2013

Penat menghabiskan masa membaca cerita politik dan bola apa kata hari ini aku merehat kan minda memanfaatkan masa lapang dengan melangsaikan segala aktiviti yang tertunggak seperti tengok wayang,survey gajet,tengok apa jenis minuman baru sampai kat cold storage wangsa walk dan memberi hadiah kepada seseorang.life aku bukan pada fb,twitter,blogspot,history channel,BeTv dan astro arena saja


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Saturday, 8 June 2013

Rumah Kecil Ciptaan Mark Brown

Dengan pengalaman selama 15 tahun dalam bidang pembinaan Mark Brown mereka cipta sebuah rumah bergerak yang di khususkan untuk golongan muda yang belum mampu mempunyai rumah sendiri kerana kenaikan harga hartanah,untuk satu unit rumah yang tidak dilengkapi perabot harganya 10 ribu pound dan untuk unit yang dilengkapi perabot bernilai 18 ribu pound.Biarpun kelihatan sempit dan ruang yang terhad tapi rumah ini masih mampu memuatkan 6 orang, mempunyai tandas,bilik mandi dan dapur.

Deryck Whibley Dulu Dan Kini

Satu dunia tahu deryck ni bekas suami kepada avril lavigne dan vokalis kepada band punk pop - sum 41.tapi tak ramai tahu dalam masa setahun dari deryck telah banyak 'berubah' deryck sudah tembam mukanya seperti johnny rotten di usia 60 an dan 'seleranya' sungguh tinggi apabila berpasangan dengan ari cooper seorang model yang mempunyai ketinggian 1.85 meter  wow !! ketinggian deryck hanyalah 1.65 meter bersamaan dengan tinggi aku.mesti tinggi ilmu batin deryck whibley ni.






Bila Tengok Gambar Ni Kita Tahu Sekarang Musim Panas

orang eropah menyambut ketibaan musim panas seperti satu perayaan dan di saat ini lah dapat dilihat bangsa caucasian ini bersantai dan berkhemah di tepi pantai.sebagai seorang yang duduk di malaysia aku takde passion pun menunggu musim panas tetapi harus diingat musim panas di garisan khatulistiwa ini dengan mereka di UK sana berbeza.Di Malaysia iklimnya panas dan lembap dan di Uk pula panas kering bermakna kalau panas mereka tidak berpeluh seperti kita bermakna panas mereka lagi teruk dari panas negara beriklim tropika ini.







Kawasan Setinggan Romania Di London

Jika di Malaysia,kawasan setinggan dihuni oleh CIMB = cambodia,indonesia,myanmar,bangladesh  tapi di London di sebuah kawasan bekas tapak padang bola sepak yang telah dirobohkan telah dibina rumah setinggan oleh imigrant dari Romania.Mereka datang ke UK untuk bekerja dengan dibayar 30-40 pound sehari,majoriti mereka ini adalah orang susah dan mencari pekerjaan di UK kerana bayaran 30-40 pound sehari itu agak lumayan.antara pekerjaan yang dibuat oleh mereka ialah menjadi buruh kasar dan pekerja cuci kereta.

masalahnya kawasan bekas tapak padang bola itu sudah banyak kali dipagari oleh majlis daerah Barnet tetapi tetap juga dicerobohi oleh imigrant yang sudah mempunyai 50 orang penghuni di situ.mereka membina rumah dari kayu terbuang,plastik dan kain getah,disitu juga tiada bekalan air bersih yang disediakan.untuk kekal survive mereka mandi di tasik berdekatan dan membeli air minuman di tesco.kemudahan asas seperti penjagaan kebersihan dan bekalan elektrik juga tiada.masalah haiwan perosak seperti tikus juga wujud tapi diatasi dengan kehadiran kucing di situ.