Thursday, 31 May 2012

jersi everton yang unik


 setelah 5 tahun menjadikan everton sebagai kelab ke 2 yang aku sokong di epl. aku menyaksikan perubahan kit maker dari era umbro - le coq sportif - dan terbaru NIKE.
diharap dengan perubahan kepada nike ini memudahkan aku untuk mendapatkan jersi everton kerana usaha aku mendapatkan jersi everton sering terbantut kerana jualan nya yang terhad dan ada penjual yang menjual jersi ni pada harga yang cekik darah iaitu rm 95 walaupun jersi itu nyata datang dari siam.
jersi ini adalah jersi away 2012-2013 everton.jersi home belum dilancarkan lagi.dari segi rekaan nya memang ter amat simple tiada corak yang menarik tetapi dari sudut jahitannya sungguh kemas dan jahitannya mirip jersi warrior liverpool dengan berkolar dan logo kelab dan penaja juga berwarna emas.dari jauh nampak macam kasual dan lengannya juga agak panjang iaitu mengikut cutting jersi era pertengahan 2000 an dahulu dengan panjangnya sehingga ke paras siku.berbeza dengan potongan lengan masa kini yang paras tricep.jersi ini dibuat dari fabrik dri fit.
 

adidas predator mania

kembali ke 10 tahun dulu....masa tu aku mula berkecimpung dalam arena bolasepak.setiap petang selepas pukul 4.30 petang balek saja dari sekolah agama aku akan turun ke padang di sebelah rumah untuk bermain bolasepak hingga pukul 6,pada masa itu kekerapan aku menendang bola sehari ialah ialah hampir 40 kali kerana di  sekolah kebangsaan aku akan bermain 'bola' tin penyek pada waktu rehat dan di sekolah agama aku akan bermain juga bola tin penyek pada waktu rehat dan ini dianggap sebagai latihan kepada aku.


 

pada waktu itu aku tak tau apa itu kasut bola atau but.setelah mengenali michael owen, david beckham baru aku mula mengambil tahu dengan lebih dalam jenis-jenis but ini.pada waktu itu aku tertarik pada predator mania yang di pakai oleh david robert joseph beckham.predator mania yang dipakai david beckham nampak lain dari yang lain kerana superstar pada waktu itu seperti zidane dan yang lainnya majoriti memakai predator mania berwarna klasik iaitu merah-putih-hitam.


dan sejak itu aku mula berangan yang satu hari nanti aku akan memakai but ini dan ianya tidak pernah menjadi realiti.walaupun pelbagai jenis rekaan dan model diperkenal kan aku masih lagi meng kagumi rekaan dan warna adidas predator mania ini.

hell heysel

27 tahun dahulu, tersebutlah kisah di sebuah gelanggang di negara belgium bernama heysel. sayembara agung bermula dengan al kisah pertarungan adiwira merseyside dengan pahlawan turin.sebelum pertarungan bermula rakyat-rakyat merseyside telah bersiap sedia di tepi gelanggang akan tetapi warga turin yang terkenal dengan sikap mencari pasal mereka di negara itali telah terlebih dahulu berpencak di tempat duduk penonton dengan memprovokasi atau meng api-api kan kemarahan rakyat merseyside,
 pencak provokasi itu semakin sampai ke kemuncaknya bila botol dan batu bata di lontar ke arah rakyat berbaju merah.rakyat turin yang berbaju belang hitam putih asalnya yang tinggi adrenalin untuk beradu kekuatan di teres tempat duduk penonton akhirnya cabut lari bila hatta mereka diserbu segerombolan rakyat merseyside yang berang akan tindak tanduk rakyat turin itu.rakyat turin yang gelabah ayam terus melarikan diri hingga merempuh pagar stadium hingga runtuh akan tetapi rakyat merseyside masih juga mengejar warga turin hingga ke lubang cacing sekalipun,halangan terakhir warga turin ialah dinding stadium,mereka memanjat dinding heysel stadium untuk menyelamatkan diri dan tiba-tiba saja dinding stadium runtuh dengan itu berakhirlah riwayat 33 orang penyangak  turin dan 6 orang anak merseyside. hampir 600 orang tercedera akibat tragedi heysel itu.






kesan insiden itu 14 orang merseyside ditangkap dan didakwa tetapi tiada yang ditangkap dan didakwa dari pihak turin padahal mereka terlebih dahulu membuka langkah.semenjak itu konco-konco merseyside dan sekaum dengannya di pulau britain di haramkan untuk beradu tenaga di gelanggang antara caucasian. walaupun bertindak untuk mempertahankan diri rakyat merseyside tetap di anggap bersalah walaupun mereka terlebih dahulu di provok dan dilontar dengan botol dan batu bata.agaknya jikalau batu bata dan botol itu berterusan di lontar ke pada rakyat merseyside pasti ramai rakyat merseyside terkorban dan isu itu pastinya senyap kerana faktor stadium yang dipersalahkan bukan faktor rakyat turin yang kurang ajar.







sementara itu aksi di dalam gelanggang tetap diteruskan walaupun aksi di teres tempat duduk penonton jauh lebih ganas dan ngeri.pertarungan adiwira merseyside dan pahlawan turin diakhiri dengan kemenangan di pihak turin dan itulah aksi terakhir adiwira merseyside di gelanggang antara caucasian dan mereka menunggu 20 tahun kemudiannya untuk bertemu semula dengan pahlawan turin..............

                                       

Wednesday, 30 May 2012

32,28,17 dan 8


 
nombor tu bukannya merujuk kepada kejuaraan yang dimenangi liverpool tetapi merujuk secara peribadi kepada abang stevie G. pada hari ini genap la 32 tahun umur abang G dan dah sepuluh tahun aku mengenali midfielder berbangsa scouser ini.masa 10 tahun dulu dia seorang remaja yang takde pengaruh dalam team liverpool.pada masa tu gerrard hanya lah graduan akademi yang paling menyerlah sekali selepas michael owen.
 

gerrard masa tu hanya dilihat sebagai perembat kencang saja kerana cara permainannya memang begitu di sekali kan dengan imej berambut flat top. masa tu alex curran pun belum terpikat lagi dengan mamat G ni tahun berganti tahun gerrard mula mengalami perubahan dengan dilantik menjadi kapitan@ kapten oleh Gerard dari perancis.dari situ bermula la era stevie george gerrard yang dilahirkan dari famili yang meminati everton.dan bermula jugalah era gerrard hanya dikenali sebagai pemilik jersi nombor 8,bukannya no 28 dan 17 yang dipakainya dari 1998 - 2004.

era nombor 28


era nombor 17





Monday, 28 May 2012

TUKAL berharga 12 juta


 
rumah bulat ini direka oleh arkitek seymour harris.dia pernah menetap rumah ini selama 6 tahun.rumah ini telah wuud sejak taun 60 an lagi,menariknya rumah ini ada ramp atau tanjakan untuk pemiliknya terus memandu ke parking kereta dia aras 1.dengan tanah berkeluasan 10 ekar, kawasan persekitaran juga dilengkapi dengan tasik dan jeti untuk ke sungai dibelakang rumah.

 
 gambar atas - disebalik rak buku ini ada satu rahsia iaitu ia mempunyai  laluan ke 3 bilik tidur di belakang  rak buku itu

TUKAL merujuk kepada rumah bulat kerana seymour harris pernah menetap di ethiopia dan disana banyak rumah berbentuk bulat dan memberi inspirasi kepadanya untuk mereka cipta rumah sebegitu.semasa rumah bulat itu dibina ia mengejutkan jiran-jirannya kerana rekabentuknya yang luar biasa sehingga digelar hollywood di sungai beaulieu

                              
                          
rumah ini bernilai pada harga 12 juta pound sterling.juga terdapat kolam renang,panggung wayang dan galeri juga ballroom.6 suite,gelangang tenis dan flat untuk staff.

Saturday, 26 May 2012

kenangan wwe light heavyweight

 

masa zaman aku pasca kanak-kanak iaitu tahun 2005. aku mula ketagih main game wwe smackdown kebetulan pulak masa tu minat aku dalam arena  gusti ni mula bercambah.masa tu PS 1 masih lagi relevan untuk kanak-kanak yang tak mampu macam aku.

tahun tu 2005 dan wwf smackdown tu keluar tahun 2000/2001. antara penggusti yang jadi kegemaran aku ialah jeff hardy & matt hardy. rey mysterio belum ada lagi dalam game tu pasal masa tu dia kat wcw lagi.mengikut jadual yang ditetapkan jeff hardy termasuk dalam kategori light heavyweight iaitu penggusti yang berat badannya di bawah 100 kilogram.


                                     

sebab aku minat jeff hardy ialah costum dia yang stylo memakai jeans,t shirt dan rubber band di lengan.jeff jugak cukup diminati dengan ideanya yang ekstrem seperti mengadakan perlawana hardcore TLC table,ladder,chair dan juga perlawanan menggunakan tangga untuk merebut tali pinggang secara tag team.

jadi penggusti untuk kejuaraan ini rata-rata badannya bersaiz kurus dan sederhana.kalau badan bersaiz besar dan bersix pad macam john cena,ron truth tu selayaknya kategori world heavyweight.mengikut rekod jeff hardy memenangi light heavyweight sebanyak sekali dan tempoh itu hanya 20 hari. dalam video game yang aku main pulak boleh kata lebih dari 10 kali aku menang wwf light heavyweight tu.kadang-kadang naik bosan jugak bila lawan pencabar yang sama macam scotty too hotty,essa rios,dean malenko,x pac.

tempoh light heavyweight di wwf hanya bertahan 4 tahun saja dari tahun 1997-2001 kerana sejak 2001 satu lagi kejuaraan iaitu cruiserweight yang sama tarafnya dengan lightheavy weight dibawa masuk dari WCW yang sudah bankrap dan dibeli oleh wwe.di sini cruiserweight akan mengambil tempat light heavyweight.


untuk nota tambahan, cruiserweight juga dilupuskan sejak 2008 dan kini penggusti berbadan kecil diberi peluang yang lebih besar untuk mencabar kejuaraan united states championship dan intercontinental championship.ini juga menghentikan tohmahan segelintir peminat yang menyindir wwe cruiserweight & light heavyweight hanya sagu hati untuk penggusti berbadan kecil menjadi juara.

Wednesday, 23 May 2012

zookeeper tertua di bulgaria

behcet ali,79 seorang zookeeper tertua di bulgaria.dia telah berkhidmat selama 33 tahun di zoo itu.sebelumnya dia bekerja di klinik haiwan.sepanjang tempoh itu dia telah membesarkan 15 ekor anak singa dan pengalaman dicakar singa dan beruang tidak melunturkan kesetiaanya untuk berbakti kepada haiwan.

perkara yang sungguh menjengkelkan di facebook


Monday, 21 May 2012

kejutan mark zuckerberg.

 para hadirin asalnya menyangka mereka dijemput meraikan parti graduasi priscilla chan,sebaliknya mereka datang ke majlis perkahwinan priscilla dan mark zuckerberg. majlis itu diadakan di belakang rumah mark zuckerberg yang bernilai 4.5 juta. mark yang terkenal dengan sikap berjimat cermat nya hanya menempah set makanan berharga us dolar 7.50 sen   dari sebuah restoran makanan mexico yang menjadi kegemarannya. pencuci mulut pulak hanya chocolate mice atau coklat berbentuk tikus yang berharga 2 US dolar. jumlah jemputan pada majlis itu dianggarkan kurang dari 100 orang.

mark dan priscilla bersama selama 9 tahun dari zaman mark di harvard universiti dan priscilla di sekolah perubatan universiti california.priscilla merupakan penuntut dalam bidang pediatrik.



priscilla dan mark sudah bersama selama 9 tahun dari zaman mark di harvard universiti dan zaman prisscilla menuntut dalam bidang pediatrik di sekolah perubatan,universiti california.priscilla tamat pengajian pada hari mark menyambut ulangtahun nya yang ke 28.

Saturday, 19 May 2012

salam terakhir - king kenny

 
sampaikan salam,
buat semua salam terakhir salam teristimewa
kepada kau yang tersayang pada teman yang ku kenang
pemergian ku ini tak dirancang

                          
usah bertanya mengapa aku
mengucap salam terakhir kepada mu
kerna waktu berputaran
bimbang tak berkesempatan 
melahirkan kerinduan terhadapmu
demi sebuah kenyataan yang amat menyakitkan
aku yang tidak berdaya
hanya berserah padanya
SALAM AKHIR !
salam yang teristimewa
bersamanya ku memohon keampunan melaluinya
ku beri kemaafan kepadamu
andainya aku punya waktu

masih ku ingin mengulangi semula
saat indah bersama mu
sayang tak berkesempatan
abadikan saja salam ku diingatan
SALAM KU YANG TERAKHIR!

Thursday, 17 May 2012

pelangi petang

       

ku percaya nanti suatu masa sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung bersama nya
kau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menhiburkan hati ini
seharian waktu bersama mu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua

minggu ni aku berada dalam keadaan sedih dan menambahkan kesedihan aku bila kenny dalglish dipecat. dan ini pemergian kali ke 2 kenny dalglish.ramai yang menghentam kenny dalgslish tentang pencapaian dalam liga liverpool,tapi tak ramai yang sedar kenny dalglish berada dalam satu fasa yang baru untuk membuat perubahan di liverpool.contohnya semasa era rafa benitez liverpool cemerlang bila steven gerrard dan torress bermain bersama tetapi tanpa 2 ikon ini liverpool diibaratkan kapal tanpa nakhoda.

dan bila kemasukan king kenny sebagai caretaker manager dia perlukan masa untuk mengubah landskap liverpool dengan membawa masuk pemain-pemain baru dan dalam tempoh itu liverpool nampaknya sudah tidak lagi memerlukan steven gerrard dan fernando torress.pasukan liverpool di bawah bimbingan kenny dalglish pada separuh pertama musim 2011-2012  menunjukkan prestasi yang baik dan apabila kemasukan semula steven gerrard pada separuh kedua musim 2011-2012 prestasi liverpool jatuh merudum. gerrard hanya relevan pada era benitez dan pada era dalglish tiada pemain ikon dan pasukan bermain lebih bebas tanpa perlu mengharap pada seorang pemain saja.


kenny dalglish menjadi mangsa kepada sistem bolasepak moden yang tidak percaya pada proses dan evolusi.alex fergie memerlukan 5 tahun untuk membentuk skuad  yang benar-benar mantap dan kenny dalglish hanya diberikan setahun setengah untuk membentuk semula skuad yang dah jadi 'besi buruk' kepada skuad yang baru lahir- ingat bill shankly mengambil masa 9 tahun untuk menghidupkan semula liverpool dari sebuah pasukan divisyen dua kepada pasukan kejuaraan di division satu.

dalam tempoh setahun setengah itu tempat ke 6,piala liga dan finalis piala FA telah dicapai.harry redknapp yang kononnya cemerlang bersama spurs pun gagal membawa spurs  memenangi sebarang piala apatah lagi layak ke final walaupun dia sudah 3 tahun mengambil alih spurs.tanpa king kenny aku tak kan dapat melihat kelibat martin kelly,jay spearing,jon flanagan,jonjo shelvey diberi peluang beraksi bersama pasukan senior.

Tuesday, 15 May 2012

piala angan MU musnah

 MU tu boleh jugak merujuk kepada kau atau man united.dalam minit-minit akhir perlawanan liga manure utd vs sunderland kelmarin, man u diramal juara apabila man city ketinggalan 1-2 kepada QPR dan man u masih mendahului 1-0. man u tamat lebih awal dari perlawanan man city - qpr jadi untuk tempoh beberapa minit itu mereka berasakan kejuaraan ke 20 sudah hampir dalam genggaman dan staff di stadium jugak dah bersiap sedia nak pasang stage of victory, akan tetapi di etihad stadium baki 5 minit perlawanan menghancurkan harapan man utd bila edin dzeko dan sergio aguero menjadikan kedudukan 3-2 dan man city akhirnya bergelar juara.

 
 

Monday, 14 May 2012

asalkan bukan man u

epl berakhir sudah dan manchester city akhirnya bergelar juara. pada aku,aku tak kisah mana-mana team nak menang epl asalkan bukan manure utd team yang megah dengan kejuaraan di pulau britain tapi jadi douche bag sejati di peringkat eropah.

game malam semalam sungguh buat aku mengantuk dengan man city dah melancarkan 30 kali shot ke pintu gol QPR tapi hanya 1 saja yang membolosi gol QPR berbanding qpr yang melancarkan 3 shot ke pintu gol man city dan 2 daripadanya membuahkan gol. 90 minit sungguh memberi  tekanan kepada roberto mancini, blue mancunian dan liam galagher.masuk saja ke masa kecederaan edin dzeko menanduk masuk gol penyamaan dan 2 minit kemudia sergio aguero menjaringkan gol kemenangan yang mengesahkan kejuaraan liga pertama man city untuk tempoh 44 tahun.

sementara itu manchester united yang bersorak di stadium of light akhirnya menang sorak trofi tergadai apabila 5 minit masa tambahan di etihad stadium menghampakan mereka untuk memenangi liga dan ini kali pertama dalam 7 tahun mereka menamatkan musim tanpa sebarang trofi.
 


champion 2011-2012 ?? hahahaha simpan buat kenang-kenangan la

Friday, 11 May 2012

musim baru jersi baru

secara rasminya jersi home liverpool musim 2012-2013 diperkenalkan kepada umum melalui laman web liverpoolfc.tv. ini versi yang sahih dari kit maker terbaru WARRIOR yang akan menggantikan adidas mulai musim depan. yang kureng adalah jersi ni terlalu simple,takde garisan putih macam kebiasaan- merah penuh la baju ni,ada kolar-bagi aku jersi tak selesa kalau ada kolar, dan paling jelas,lambang kali ni mengguna semula lambang tahun 70 an & 80 an dulu iaitu liverbird saja, tiada cogan kata YNWA,obor api mangsa tragedi hillsborough dan shankly gates juga tiada.

buat masa terdekat ni hanya jersi home saja diperkenalkan dan jersi tempat lawan tidak diperkenalkan lagi.