Sunday 15 May 2011

the expendables

sejujurnya aku ni bukannya sbelum ni aku bukannya die hard fan movie,sebab tu la dlm blog ni aku masukkan post pasal movie yg dah lame keluar & berbulan2 lamanya ditayangkan.aku buat review pasal filem ni sebab banyak superstar dari pelbagai era berlakon dlm filem ni & ada sekumpulan hero yg hebat2 belaka
the expendables
filem penuh aksi ni bermula dengan sekumpulan askar yg pakar dlm tugas khas y terdiri daripada barney ross( sylvester stallone) lee christmas ( jason statham) yin yang(jet li) gunner jensen(dolph lundgren) toll road (randy couture) hale ceasar (terry crews) telah mengepung markas persembunyian lanun somalia. para lanun itu enggan menurut perintah supaya membebaskan tahanan mereka dan gunner yg enggan melayan tuntutan lanun itu pun memulakan tembakan hingga menghancurkan lanun itu.kemudiannya aksi tembak menembak pun berlaku & tebusan berjaya diselamatkan tetapi gunner melakukan satu tindakan yg kurang sopan dengan cuba menggantung lanun yg sudah mati itu tindakannya itu dihentikan oleh yin dengan memukulnya tetapi gunner berjaya mematahkan serangan yin & akhirnya dia berhenti setelah barney menggugut utk menembak kepalanya.gunner kemudian digantung dari tugasnya.
pada satu hari barney & pesaingnya dlm tugas khas,trent mauser (arnold schwarzenegger) menerima tawaran dari mr.church ( bruce willis) utk menumbangkan kerajaan kejam general garza, trent menolak tawaran itu dgn alasan mempunyai tugasan lain dan misi itu diserahkan kepada barney.dlm masa yg sama,lee christmas melawat teman wanita nya yg telah lama dia tinggalkan kerana sibuk dgn tugasnya tetapi teman wanitanya telah mempunyai pengganti & ini menghampakan lee.
utk melupakan masalah itu,lee bersama barney ke pulau vilena utk mengintip dan bertemu dgn sandra(gisele itie) informer mereka di pulau itu,kemudiannya didedahkan yg sandra adalah anak  general garza.barney juga mendapat tahu yg general garza dibantu oleh bekas agen CIA james munroe(eric roberts) & bodyguardnya paine(steve austin) & the brit ( gary daniels) semasa di pulau itu mereka ber3 telah ditahan oleh tentera garza & kemudiannya berlaku pertempuran yg berkesudahan barney & lee memilih utk melarikan diri & sandra enggan mengikut mereka & dia diseksa.
lee kembali menemui ex-gf nya tetapi ex-gf nya itu telah dipukul oleh teman lelakinya & itu mengundang kemarahan lee & dia pergi mencari lelaki itu lalu membelasahnya.kemudiann membawa ex-gfnya tinggal bersama.lee,yin & barney kemudian menyedari yg mr churh memerintah pasukan mereka utk membunuh james munroe sebenarnya,bukannya general garza keran CIA tidak boleh membunuh ahli/bekas ahli mereka sendiri.barney telah memujuk tool(mickey rourke) utk menyertai misi nya tetapi dia enggan kerana rasa bersalah kerana semasa dia terlibat dlm misi perang bosnia dia telah membiarkan para wanita membunuh diri & jika dia menyelamatkan mereka dia pasti tidak berasa menyesal seperti sekarang.  semasa memandu, barney & yin telah diserang oleh gunner yg ingin membalas dendam & telah bekerjasama dgn james munroe.kejadian itu berakhir dengan gunner ditembak di bahagian dada oleh barney setelah dia cuba utk menjatuhkan yin keatas sebatang paip yg berdiri tegak . semasa memasuki pesawat utk berlepas ahli2 yg lain sudah bersiap sedia menanti yin & barney utk berlepas.
sebaik tiba di istana general garza,yin,lee,tool,& hale memasang bom jangka di seluruh kawasan utk memusnahkan istana itu. sementara itu garza insaf setelah menyeksa anaknya sendiri & dia ditembak mati oleh james & membuatkan askarnya menyangka  bahawa the expendable lah yg membunuh general mereka.pertempuran bermula dgn the expendables bertempur dgn askar garza yg banyak & mereka hampir kalah kerana kekurangan peluru & jumlah askar bersenjata yg terlampau ramai.tetapi kemudiannya toll dtg dengan membawa senjatanya yg canggih & berjaya membunuh sejumlah askar dlm masa yg singkat. barney & hale memusnahkan helikopter james. yin & lee pula membunuh the brit yg liat utk kalah dengan mematahkan tengkuknya sementara itu toll menghancurkan menara tinjau & askar garza dgn senjatanya & kemudian dia bertempur dgn paine & membunuhnya dgn membakarnya hidup2. seterusnya  barney & lee memerangkan james & menembak nya beberapa kali & menikamnya sehingga mati. wang ganjaran yg diterima diberikan kepada sandra utk membangunkan semula vilena & mereka kembali berhimpun di kelab milik tool dgn bermotosikal besar dengan gunner turut serta,lalu tool mencabar lee utk bermain permainan menikam pisau yg paling tepat dan dimenangi oleh lee.
yin yang,lee christmas,barney rose,hale ceasar,toll road
barney rose,ketua the expendable  serog yg  pakar dlm taktikal & perancangan misi menyelamat.


lee christmas, lincah & pakar dlm menggunakan pisau.dia seorg yg setiakawan

 hale ceasar, tegap & pakar dlm tempur tanpa senjata mampu mematikan musuh dgn gerakan yg lasak & ganas.
 toll road, pakar dlm senjata & sering mencipta & menggunakan senjata yg canggih utk menghapuskan musuh
 yin yang,ahli yg paling kecil dia begitu mahir dlm pertarungan seni mempertahankan diri
 gunner nelsen, seorg yg kurang sabar & terlibat dlm ketagihan dadah & masalah mental menyebabkan die disingkirkan dari the expendable
tool, bekas agen khas. dia juga berperanan spt barney tetapi telah lama berhenti dari misi menyelamat.

 trent mauser, lakonan arnold schwarzengger pesaing kepada the expendable
 mr church,agen CIA yg memberi misi kepada barney
 james munroe,bekas agen CIA yg menjd penasihat kepada general garza
 general garza, diktator yg disokong oleh james munroe.
sandra,anak perempuan general garza & pemberi maklumat kepada the expendable
 the brit, org kuat kepada james munroe yg sukar utk dikalahkan
paine, pendiam tetapi ganas & juga sekuriti kepada james munroe


No comments:

Post a Comment