Thursday 5 May 2011

Keturunan Balcazar

 setelah lebih sebulan aku tak buat post tentang anak & bapak semalam baru aku dapat ilham nak tulis tentang siape pulak.okey hari ni aku nak post entri tentang anak & bapak yg main bola tp kali ni special sikit sebab melibatkan 3 generasi. datuk-bapak-anak/cucu

tomas balcazar
 bapa mertua kepada javier hernandez gutierrez & datuk kepada javier hernandez balcazar ini .bermain utk guadalajara C.D. kelab ini digelar campeonisimo oleh kerana pasukan itu memenangi 8 kejuaraan dlm tempoh 10 tahun.di peringkat antarabangsa pula tomas telah mewakili mexico di peringkat piala dunia 1954 & menjaringkan gol ketika bertemu perancis,yg menariknya 56 tahun kemudian cucunya,javier hernandez menjaringkan gol juga ketika bertemu perancis & semasa gol itu dijaringkan usia tomas & javier adalah 22 tahun!!! dan gol itu membawa mexico ke peringkat 16 terakhir


javier hernandez gutierrez 'chicaro'
 bapa kepada chicarito ini digelar chicaro yg bermaksud kacang pea kerana matanya berwarna hijau.tidak banyak rekod yg diketahui semasa karier permainannya.dia bermain utk kelab tecos,puebla de la franja,& monarcas morelia. karier antarabangsa pula, dia bermain utk mexico di piala dunia 1986 yg layak ke suku akhir & dia juga anggota skuad mexico yg tidak dibenarkan bermain di pusingan kelayakan piala dunia 1990 kerana menurunkan  pemain berusia atas 20 tahun melebihi jumlah yg dibenarkan di piala dunia b-20 .  karier kejurulatihan pula dia pernah melatih skuad simpanan guadalajara.ketika piala dunia hendak bermula dia telah memohon utk bercuti supaya dapat melihat javier beraksi di piala dunia di afrika selatan tetapi permohonannya tidak diluluskan & dia akhirnya meletak jawatan serta merta.
javier hernandez balcazar
 menggunakan nama balcazar di hujung namanya utk membezakan dia & bapanya.di gelar chicarito yg bermaksud kacang pea kecil  kerana bapanya telah digelar chicaro.digelar chicarito kerana matanya berwarna hijau sama spt bapanya.dia juga pemain mexico pertama bermain utk manchester united dan dia juga meneruskan legasi keluarganay bermain di piala dunia utk mexico.
karier profesionalnya bermula di guadalajara dan bermain utk mereka selama 4 musim dgn membuat 80 penampilan & menjaringkan 29 gol.sebelum meraih perhatian di piala dunia dia telah menarik perhatian man utd utk menandatangani nya dan pada musim pertama nya di epl dia telah dapat menyesuaikan diri dgn corak permainan epl & dia juga membantu man utd layak ke final liga juara juara.dia juga selalu menjaringkan gol2 penting utk red devil.
legasi hernandez - balcazar.

No comments:

Post a Comment