kali ini legasi weiss pula menjd tumpuan aku kerana dari datuk-bapa-cucu kesemuanya menggunakan nama yg sama iaitu vladimir weiss.
|
vladimir weiss |
bekas pertahanan antarabangsa czechoslovakia ini bermain utk CH bratislava & membantu mereka menjuarai liga pada 1958-1959.dia juga ahli pasukan czechoslovakia yg memenangi medal perak di sukan olimpik musim panas 1964.
|
vladimir weiss |
tidak banyak yg diketahui semasa karier permainannya.tetapi dia lebih menyerlah sbg pengurus pasukan dgn mengemudi artmedia petrzalka memenangi corgon liga iaitu liga profesional slovakia sebanyak 2 kali & menjuarai piala slovak 2 kali.pada 2010 dia mencipta sejarah tersendiri apabila membawa slovakia layak ke piala dunia buat julung kali.dan membantu mereka mara ke pusingan 16 terakhir & mencipta kejutan menewaskan penyandang juara itali 3-2 dan menyingkirkan mereka di peringkat kumpulan.
|
vladimir weiss |
generasi ketiga yg menggunakan nama vladimir weiss ini mula mencuri perhatian umum selepas menjaringkan gol semasa man city memalukan arsenal 3-0 di saingan piala liga yg berlangsung di eastland.selepas itu dia dipinjamkan ke bolton wanderers dan sering diturunkan sbg pemain simpanan.dia turut tersenarai dlm skuad slovakia yg beraksi di piala dunia 2010 yg dibimbing oleh bapanya.diperingkat kumpulan dia telah bermain sebanyak 270 minit bersamaan dgn 3 perlawanan.dia menunjukan bakatnya dgn aksi yg menarik ketika bertemu new zealand yg berakhir dgn keputusan seri 1-1.pada musim 2010-2011 dia dipinjamkan sekali lagi ke rangers utk menambah pengalaman.dan bersama ranger menjulang piala liga scotland.
No comments:
Post a Comment