Friday, 6 May 2011

mark zuckerberg yang low profile

dlm bulan yg lepas sebuah akhbar tempatan ada melaporkan tentang mark zuckerberg membeli makanan di gerai tepi jalan & makan bersila.dan aku begitu kagum dgn mark yg juga seorg bilionaire ternama dunia masih mengekalkan kehidupan asalnya dan tidak  boros dgn kekayaan yg dimilikinya



mark masih mengamalkan gaya hidup sederhana dgn makan di gerai tepi jalan & hanya membelanjakan 4 USdolar utk nasi,ayam & kerepek tortilla.dia juga tidak segan silu   bersila di kaki lima   menikmati makan tengah harinya


jika ada sebarang majlis atau ceramah berkenaan kejayannya mengembangkan facebook mark lebih selesa tampil dengan baju t,seluar jean & hanya berkasut sneaker.

mark juga sering tampil dgn pakaian yg tidak formal spt sweater,t shirt,jaket & jean.amat sukar utk menemui mark memakai pakaian yg kasual 

gambar atas & bawah: mark sering memakai selipar nya kemana2 saja.dlm filem social network,mark(lakonan jessie eisenberg) hanya berselipar ketika memberi keterangan kepada majlis tertinggi atas kesalahannya membuat facemash & menggodam(hack) maklumat pelajar di universiti harvard.






PALO ALTO, California – Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.



Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.


Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.


“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.


Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.


Zuckerberg menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik di sini dekat dengan pejabatnya.

Dia tinggal bersama kekasihnya, Priscilla Chan, 26, yang merupakan pelajar jurusan perubatan.


Zuckerberg turut memandu sebuah kereta Honda berusia lima tahun walaupun dia merupakan antara orang yang paling kaya di dunia.


Dia mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 2004.


Namun, Zuckerberg tidak menamatkan pengajiannya di universiti tersebut dengan alasan untuk menumpukan perhatian ke atas Facebook.


Pengasas Facebook itu menjadi bilionair termuda semasa dia berumur 23 tahun. – Agensi


No comments:

Post a Comment