Sunday, 8 May 2011

construction intervention


C.I ni adalah sebuah program realiti pembinaan/renovation. team pembinaan ni hanya 4 hari utk menyiapkan sebuah projek spt menyiapkan restoran,kedai gunting rambut,kedai beer, & sebagainya . setiap  episode berbeza jenis binaan  yg diorg lakukan & dlm mase 4 hari tempoh construction tu seramai 80 org pekerja yg terlibat tidak akan tidur !!! kerana utk memastikan setiap jadual & perancangan yg ditetapkan tepat pada waktunya. dan jika berlaku sebarang kesilapan & pekerja melengah-lengahkan masa si charlie frattini ,seorg kontraktor yg berpengalaman selama 25 tahun dlm bidang ini & juga seorg navy akan menjerit kepada pekerja nya.


charlie frattini (tengah)bersama 4 org pekerja nya
 motif:
tujuan program ini diadakan adalah utk membantu para peniaga yg malang setelah ditipu oleh pihak kontraktor yg tidak melakukan pembinaan dengan sempurna dan ada juga yg menjadi projek terbengkalai  hingga menyebabkan ada peniaga yg terpaksa menggadaikan harta & melakukan pajakan utk membayar hutang  mereka.dan yg paling menyedihkan ada peniaga tidak dapat meneruskan operasi mereka kerana keadaan premis yg masih tidak selamat,tidak selesa & kurang sempurna dan ini memberi masalah besar kepada mereka.dan ini sering diperkatakan charlie dlm rancangan ini dengan menghentam & melabelkan kontraktor sebagai penipu.
 
charlie juga sering dikenali sbg watak utama dlm rancangan ini kerana dia sering menerangkan apa kelemahan & kecacatan sesebuah binaan itu dan apa yg patut dilakukan utk mengatasi masalah itu .  charlie seorg yg begitu tegas hingga dia tidak ada masa utk  bergurau dengan para pekerjanya.charlie juga ditanya kenapa dia sering memarahi pekerjanya dia menjawab: itu bukan jeritan tp sbg seorg navy(tentera laut) saya hendaklah menjd seorg yg tegas & sentiasa memberi inspirasi & semangat kpd mereka dan jeritan itu dianggap sbg "bantuan agresif".
charlie memarahi beman

No comments:

Post a Comment