Thursday 5 May 2011

Adik Beradik Laudrup


michael laudrup
memulakan karier profesional utk KB di liga denmark selama semusim tetapi betul2 menyerlah setelah menyertai brondby bakatnya mula terserlah setelah menyumbat 15 gol liga pada 1982 dan dia memenangi anugerah pemain tahunan denmark.pada musim 1983 dia masih kekal bersama brondby tetapi kemudiannya dibeli oleh juventus pada jun 1983 dgn bayaran rekod perpindahan denmark pada masa itu 1juta pound.
tetapi disebabkan polisi pemain import di liga itali,dia dipinjamkan ke lazio semusim.musim berikutnya dia kekal dipinjamkan ke lazio kerana juventus mahu mengekalkan zbiegniew boniek & michel platini di kelab.tetapi pada musim itu juga lazio tersingkir ke serie B.
kemudiannya dia dipanggil semula ke juve menggantikan zbiegniew boniek.musim 1985-1986 juventus menjuarai serie A & Piala antara benua.musim berikutnya dia dibelenggu kecederaan dan musim 1987-88 pula dia gagal menjd pengganti kepada platini yg sudah bersara.

1989 pula dia ke barcelona dia begitu menonjol dan menjd tonggak utama pasukan bimbingan johann cruyff.dgn memenangi la liga utk empat tahun berturut turut dan pada 1992 barca menjulang piala eropah.tetapi pada 1994 dia berhijrah ke santiago barnebeu disebabkan tidak bersependapat dgn johan cruyff.bersama real madrid dia memenangi la liga utk 5 tahun berturut-turut mengatasi rekod yg diciptanya bersama barca.dan menjadi satu2nya pemain yg menjulang 9 kejuaraan liga berturut2 utk 2 kelab yg berbeza.
dan seterusnya dia menamatkan karier gemilangnya dgn menyertai kelab liga jepun vissel kobe & akhirnya ke ajax amsterdam di belanda.
Karier antarabangsa pula dia bermain utk denmark di euro 1984.di piala dunia 1986 dia mewakili denmark dan yg paling diingati aksinya mengelecek bola dgn solo & akhirnya menjaringkan gol membelasah uruguay 6-1.di pusingan kelayakan euro 1992 pula michael,brian(adiknya) & jan molby bersara dari skuad denmark.tetapi pada euro 92 denmark menjulang trofi berprestij itu.tahun 1993 dia kembali menyertai pasukan denamrk tetapi mereka gagal layak ke piala dunia 1994.dia juga menjaringkan gol membantu denmark menumpaskan argentina 2-0 di piala intercontinental.dia juga menyumbangkan 4 gol utk denmark di kempen kelayakan euro 96.di piala dunia 1998 denmark ke mara hingga peringkat suku akhir dan selepas tersingkir michael & brian mengumumkan persaraan mereka.

karier pengurusan pula dia telah bertindak sebagai pembantu pengurus pasukan denmark dari tahun 2002-2004.selepas itu dia kembali ke brondy sbg pengurus.kemudian dia ke getafe dan menerajui mereka hingga layak ke suku akhir piala uefa & final copa del rey.selepas itu dia dilantik sbg pengurus utk spartak moscow tetapi hanya bertahan 7 bulan dia dipecat. kini dia mengalas tugas di real mallorca.

brian laudrup
adik michael ini mula bermain secara profesional di brondby,denmark.kemudiannya dibeli dgn harga 8 juta danish kron(matawang denmark) tetapi terjadi perbalahan antara bapanya yg juga agennya finn laudrup dgn bekas kelabnya brondby mengenai tuntutan harga perpindahan.finn laudrup diperintah kan utk membayar 3.9 juta DK kepada brondby tetapi dia hanya memberi sebanyak 3.3 juta sahaja.kes itu akhirnya diselesaikan pd mac 1990.
brian berpindah ke bayer uerdingen di liga jerman.permainannya memuka perhatian dan pada tahun 1989 dia memenangi anugerah pemain tahunan denmark.musim panas 1990 dia menyertai munich setelah pemilik kelab enggan membelanjakan sejumlah wang utk membawa masuk pemain2 bintang.dia dibeli pada harga 6 juta DM deustche mark (matawang jerman).menjadikan dia pemain termahal di bundesliga waktu itu.di musim pertamanya bayern berjaya menamatkan musim ditangga ke 2 liga,musim berikutnya dia mengalami kecederaan ligamen & bayern menamatkan musim ditangga ke 10.dia juga mendakwa yg eksekutif baru bayern iaitu franz beckenbauer & karl heinz rummenigge punca kekalutan di kelab tersebut dgn tindakan mereka mengkritik pemain muda kelab itu.musim panas 1992 dia meninggalkan kelab itu selepas kontraknya tamat.
kemudiannya dia beralih angin ke serie A utk fiorentina tetapi kelab itu tersingkir & dia dipinjamkan ke milan.selepas tempoh pinjamannya tamat dia enggan kembali ke fiorentina & akhirnya dia dibeli oleh rangers pada harga 2.3 juta pound.di scotland dia menjuarai liga perdana scotland 3 kali,piala scotland 1 ,dan piala liga scotland 1.di rangers dia disanjung tinggi oleh penyokong dan dianggap pemain luar terbaik pernah bermain di liga scotland.
selepas itu dia ke chelsea & membuat debutnya utk the blues semasa mereka memenangi uefa super cup 1998.selepas itu dia bergelut utk cergas disebabkan kecederaan.dia kembali pula ke denmark utk menyertai copenhagen tetapi bila bermain menentang brondby di stadium mereka dia telah diboo oleh penyokong.& begitu  juga yg dilaluinya bila bertemu kelab lain.disebabkan masalah keluarga dia berhijrah ke belanda utk ajax amsterdam & bersara pada usia 31 tahun .
 diperingkat antarabangsa pula dia mewakili denmark 79 kali & menyumbang 20 gol.dia juga menjulang euro 92 utk denmark & piala intercontinental 1995.

kini brian bertugas di tv3+bersama peter schmeichel & preben  elkjaer larsen sbg pengulas sukan.

No comments:

Post a Comment