Wednesday, 25 July 2012
suasana musim panas di UK
bila tiba musim panas segala jenis aktiviti boleh dilakukan tanpa menghiraukan keadaan cuaca.di england, setiap kali musim panas pantai adalah rumah kedua rakyat pulau britain sebab mereka ke pantai bukan hanya untuk mandi laut,berjemur dan buat istana pasir tapi jugak nak berkelah,berkhemah,menonton pertunjukan boneka punch & judy,luncur air dan main jet ski. suhu di UK sekarang ini dicatatkan berada pada 30 darjah celsius dan ini dicatatkan sebagai hari paling panas di uk tahun ini.tapi suhu di sabak bernam rasanya melebihi 35 darjah celsius dan suhu itu bukan untuk semalam saja tapi sepanjang tahun dan kalau tak mencapai 35 darjah celsius itu barangkali hari hujan.
bagi yang duduk di bandar agak jauh kalau nak pergi ke pantai mereka akan mandi di kolam atau air pancut di tengah bandar,mungkin tak ada undang-undang yang spesifik untuk menghalang penduduknya dari mandi di kolam atau air pancut bagi yang tak suka membasahkan diri ada yang memilih untuk mendayung sampan di sungai .tapi jika di malaysia bermain dengan air pancut saja dan mengayuh sampan di sungai klang dan gombak sudah dikata gila dan suck- eye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment