Saturday, 28 July 2012

north star jogger

 
north star adalah sub brand dalam jenama kasut BATA.BATA adalah jenama kasut yang berasal dari republik czech dahulunya czechoslovakia.tetapi kini BATA ber-ibu pejabat di lausanne switzerland.satu masa dahulu bata di malaysia hanya menjual produk sub brand mereka sahaja,tetapi pada hari ini bata telah mengamalkan dasar buka pintu dengan menjual kasut jenama lain seperti NIKE,ADIDAS dan REEBOK. nama BATA itu berasal dari pengasasnya TOMAS BATA 'henry ford eropah timur' dan pada era 80 an dahulu jika memakai kasut bata budak itu dianggap anak orang berada tetapi pada hari ini bata adalah jenama working class people dan dijual pada harga berpatutan.

diasaskan pada 1894 di zlin,czechoslovakia,Bata dikenali kerana menjual kasut yang berkualiti tinggi pada harga murah dan mampu milik.bagi meleis yang memandang rendah bata kerana menjual kasut sekolah untuk kanak-kanak mereka harus menerima kenyataan yang jenama luar tak semestinya mahal jika di jual di negara dunia ke 3.buktinya BATA antara kedai kasut yang paling aktif membuat promosi dan mampu menghasilkan kualiti yang setanding dengan jenama lain.punca kenapa harga bata murah ialah kilang kasutnya terletak di klang,malaysia dan jika dikilangkan di luar negara seperti thailand kos penghantaran akan memberi kesan kepada harga kasut itu.dan bata membuka kilang mereka sendiri di malaysia bukannya memberi kontrak hak jenama kepada pengilang seperti nike dan adidas.

sumber :  sejarah BATA

berbalik kepada tajuk,north star jogger ini harga asalnya rm70++ tetapi setelah diberi diskaun harganya menurun kepada rm40.00.north star berasal dari kanada dan telah wujud sejak era 70 an menggunakan paten kasut adidas yang popular di era 70 an dan paten jenis ini juga digunakan pada tiger onitsuka oleh asic.

sumber : sejarah north star

No comments:

Post a Comment