Friday, 6 July 2012

menarik kan ?

 Cuba teka ini apa dan di mana? Adakah ini kedai runcit kampung?

 Jom kita masuk dan lihat apa yang mereka jual … :-) . Ehh … ada trek kereta api, stesen lama yang    jadi kedai runcit kampung kot.
 Bunyi macam ada tren nak lalu, biar betul … Memang betul la! Jom tengok … waah … tren tu berhenti betul2 kat sini. La… stesen ini masih lagi berfungsi rupanya, ingatkan stesen tinggalan. Ada penumpang turun.
Moral : Walaupun tren satu koc, telah berkarat, tetapi masih berkhidmat untuk rakyatnya … meskipun di luar bandar, kawasan pendalaman, dan meskipun di kawasan penduduk yang tidak padat serta yang sewaktu dengannya, kemudahan tetap diberikan kepada rakyatnya.

 Gambar2 di atas adalah di stesen Tokawa, Jepun. Sebenarnya masih banyak lagi stesen kereta api di pendalaman Jepun, walaupun betul2 di pendalaman mahupun terpencil di kawasan pergunungan atau persisiran laut. Kemudahan untuk rakyat tidak diabaikan,

sumber : keretapi pedalaman jepun

No comments:

Post a Comment