antara punca kejatuhan portsmouth sudah tentu dari pemilik mereka sendiri.alexander gaydamak yang banyak berbelanja dengan membawa pemain bintang seperti nwankwo kanu,glen johnson,peter crouch,sylvain distin,benjani mwaruwari,david james,niko kranjcar, dan lain-lain ke kelab pantai selatan itu.
pembayaran gaji jugak dapat dikaitkan dalam hal ini dengan sehingga hari ini portsmouth gagal melunaskan pembayaran gaji nwankwo kanu yang tertunggak sebanyak 3 juta pound. kanu hanyalah diingati sebagai penjaring gol tunggal final piala FA 2008.
sejak pergi tak kembali siri ke 2 harry redknapp, portsmouth dilanda malang yang berterusan dengan tony adam di lantik sebagai care taker dan mereka terselamat dari penyingkiran dan berterima kasih kerana sebelum harry redknapp pergi dia telah meninggalkan sejumlah mata yang agak selesa iaitu 24 mata dari awal musim sehingga hujung bulan oktober 2008. tetapi tony adam hanya menyumbang 21 mata dari oktober hingga mei 2009.
musim 2009-2010 zaman gelap mula melanda dengan portsmouth akhirnya tersingkir setelah 7 tahun bertahan.sejak itu pemilik juga bertukar tangan hingga kini membawa mereka di bawah 'pentadbiran' tidak ada pemilik yang mampu menanggung sebuah kelab yang di belenggu hutang.dalam hal ini alexander gaydamak banyak membelanjakan wang membeli pemain bintang dan tanpa disedari dia berbelanja melebihi kemampuan sehingga terpaksa berhutang untuk membayar gaji pemain dan selepas menjual kelab itu pemilik seterusnya gagal melunaskan hutang yang di tinggalkan gaydamak.
bertambah malang, kemasukan avram grant menambahkan beban yang dipikul,menggantikan paul hart sebagai pengurus avram mengendalikan porstmsouth sehingga akhir musim 2009-2010 pada aku avram grant ketika di chelsea adalah avram grant yang berbeza kerana di chelsea sudah ada pemain bintang yang ditinggalkan mourinho dan di portsmouth sudah ramai pemain lari meninggalkan kelab.jadi situasi di fratton park ialah cabaran menguji keupayaan sebenar avram grant.hasilnya portsmouth 'berjaya' layak ke championship.
ironinya, musim 2010-2011 avram grant dilantik menjadi pengurus west ham dan hammers mengalami nasib sama seperi portsmouth.
pada hari ini hanya 12 pemain berdaftar dengan portsmouth dan kegagalan pengurusan mereka membentuk semula kelab adalah kerana terpaksa berhadapan dengan kerenah tuntutan tal ben haim yang menerima gaji sebanyak 36 000 pound sterling seminggu.jumlah ini tidak munasabah bagi pemain dan kelab di championship dan league one yang majoriti menerima gaji hanya berbelas ribu dan 4 angka seminggu. pentadbir portsmouth,trevor birch menawarkan pemotongan gaji dengan menawarkan gaji sebanyak 5000 pound seminggu .ini bertujuan menjimatkan kos dan mengelakkan liquidation atau kecairan kelab seperti menjual aset-aset bernilai seperti stadium dan kompleks latihan untuk membayar hutang.
pengajarannya di sini, jangan terlalu berbelanja melebihi kemampuan.sebagai contoh bill kenwright dan delia smith tidak banyak berbelanja untuk kelab dan setakat ini toffees dan canaries masih lagi bersaing dalam liga perdana.dan pasukan pada ramalan aku yang akan ikut jejak porstmouth ialah kami kencing berbaris - QUE PEE OUR. dengan membeli park ji sung,joey barton,bobby zamora,shaun wright phillips,anton ferdinand,djibril cisse, bukan lah satu pembelian JANGKA PANJANG kerana usia mereka di lewat 20 an dan sudah melebih 30 an jadi kebarangkalian untuk menjana dana hasil penjualan pemain memang tidak ada untuk QPR melainkan mereka membuat pinjaman. hanya armand traore yang berpotensi dijual kerana baru berumur 23 tahun
No comments:
Post a Comment