Wednesday, 11 July 2012

man city di Austria : apa itu profesionalisme

man city telah menjalani latihan di austria,nama kawasan peranginan itu ialah di kawasan pergunungan Tyrolean.antara perkara yang menjadi perhatian ialah demand atau permintaan yang cerewet dari  roberto mancini sendiri.sebagai pengurus dia sentiasa mahukan pemainnya berada dalam keadaan selesa dan performance atau prestasi pemainnya konsisten untuk ini dia telah menyenaraikan permintaan yang bertaraf 5 stars seperti



1. meminta gereja bersebelahan hotel tempat  mereka menginap supaya menangguhkan bunyi loceng selama satu jam.pada hari biasa gereja itu akan membunyikan loceng setiap satu jam mulai pukul 7pagi,8 pagi dan 9 pagi ,tetapi selama pemain man city menginap di hotel Klosterbrau loceng hanya dibunyikan mulai pukul 8 pagi,kerana pada pukul 7 pagi para pemain tidak mahu tidur mereka terganggu dengan bunyi loceng itu.

2. pihak hotel telah membuat persiapan selama 3 bulan sebelum ketibaan pasukan man city kerana ada permintaan khas dari roberto mancini, dia mahukan tilam jahitan tangan untuk para pemainnya dan tilam itu bernilai 1000 pound setiap satu jadi tilam itu akan dibawa dari Rom,Itali.tilam itu bertujuan memberi perlindungan kepada tulang belakang para pemain.untuk yaya toure berketinggian 1.91 cm memerlukan sambungan di bahagian kaki katil dan dibawa khas oleh pengeluar sendiri kepada yaya toure.yaya toure juga satu-satunya pemain yang mempunyai meja urut di biliknya


3. Roberto mancini juga mengenakan larangan seperti tidak membenarkan snek dan coklat disediakan di dalam mini bar, tidak boleh memakan mentega dan roti serta meminta tidak diletakkan sos di meja makan.mayonis dan sos tomato hanya boleh diberi jika ada permintaan khas,keju parmesan juga harus disusun mengikut susunan yang tepat untuk setiap hidangan.

4. chef untuk pasukan man city juga dibawa bersama dan ikan segar akan diterbangkan khas setiap 2 hari ikan itu ditangkap dari perancis,laut utara,laut atlantik dan air botol juga dibawa dari england untuk kegunaan pasukan itu.menu makanan juga ditetapkan oleh roberto mancini sendiri dan dengan itu memudahkan chef man city menyediakan hidangan di samping pihak hotel menyediakan bahan-bahan mentah dengan bahan-bahan mentah dibeli dari pengeluar tempatan kerana Austria mempunyai bahan berkualiti tinggi.

5.pihak pengurusan man city juga membawa kesemua pasukan kecergasan dan perubatan mereka di kawasan terpencil itu.pihak hotel juga menyediakan rawatan spa kepada pemain selepas sesi latihan,dan sebuah bilik kecil di bawah tanah dilengkapi ketuhar membuat roti secara tradisional ini bertujuan menenangkan para pemain disamping menghidu aroma roti,3 kerusi malas dan tangki dimana terdapat ikan garra rufa yang digunakan untuk memakan sel kulit mati di kaki mereka semasa mereka merendam kaki ke dalam tangki itu.

6.para pemain juga boleh menjalani sesi infra merah untuk mengurangkan stress.hotel bertaraf 5 bintang itu telah dikunjungi oleh pasukan holland semasa latihan sebelum ke piala dunia 2010 dan di musim panas depan ianya telah di tempah oleh inter milan.

kesimpulan : dari point-point di atas menunjukkan profesionalisme itu bukan pada teknik dan style permainan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan,diet pemakanan dan pengurusan pasukan.aku hairan mengapa pengurusan pasukan-pasukan di malaysia tidak mengamalkan cara-cara sebegitu ? memang betul tiada kebebasan kepada pemain tetapi itu lah pengorbanan mereka jika mahu menjadi world class atau profesional .jika mereka bersarapan dengan memakan nasi lemak,mee goreng,kuih donat,kuih lapis,minum teh tarik, apakah perbezaan mereka sebagai pemain profesional dengan kita orang biasa??

memang tak kenyang tapi bila difikirkan mereka adalah atlet bertaraf PRO jadi untuk mengekalkan
 tahap stamina supaya sentiasa cergas mereka hanya makan mengikut kuantiti yang ditetapkan mereka menjadikan minuman tenaga sebagai keperluan mereka kerana mampu membekalkan tenaga dan memastikan mereka tidak mudah letih..sebab itulah semasa bergelar pemain tubuh para pemain berotot dan tegap tetapi bila bersara badan mereka sudah buncit dan perut mereka sudah naik kerana tiada pemerhatian dan penjagaan seperti yang dilalui semasa kemuncak karier.  

bila difikirkan ada sebabnya mengapa roberto mancini begitu tegas dan cerewet dalam hal begini walaupun sekarang musim cuti panas dan para pemain sepatutnya bebas menjalani kehidupan seharian mereka.tetapi harus diingat para pemain dibayar puluhan ribu seminggu jadi mereka harus memastikan stamina,prestasi dan kecergasan mereka berada di tahap yang baik.tidak guna membayar pemain 50 000 ribu pound seminggu jika dia terpaksa menghabiskan masa berbulan-bulan lamanya menjalani rawatan kecederaan  kerana semasa cergas dia tidak mengambil berat tentang penjagaan diri.

No comments:

Post a Comment