Tuesday 17 July 2012

les davies - davies vs goliath

bukannya cerita pasal kumbang david vs goliath tapi cerita pencalonan les davies 28 tahun, pemain kelab bangor city FC,kelab liga wales yang tercalon dalam 32 pemain terbaik yang beraksi di liga eropah.sungguh luar biasa kerana di dalam senarai 32 pemain itu terdiri dari pemain bertaraf bintang yang sukses bersama kelab dan negara mereka.antaranya david silva,fabio coentrao,xabi alonso,luca modric,shinji kagawa,raul gonzalez,jakub blasczykowski.mana ronaldo,messi,iniesta,rooney,ballotelli ??? tak payah nak bagitau nama-nama begitu pasal memang dah confirm tersenarai.

untuk pengetahuan,liga wales bukan lah kompetitif seperti la liga,ligue 1,calcio italia mahupun bundesliga.tapi jugak tak setaraf dengan eredevisie,scottish premier league,liga denmark,liga russia dan liga turki.boleh kata liga wales ni antara liga paling tak kompetitif di eropah la,ini tak merujuk kepada cardiff city dan swansea yang ada kesedaran dengan menyertai english football league system - sistem liga bolasepak inggeris yang dimulai oleh EPL,championship,league 1 dan league 2.

berbalik kepada les davies,dia menjadi top scorer welsh premier league 2011/2012 dengan 19 gol dan memenangi phil stanley award 2 musim berturut-turut dan satu-satunya pemain memenangi anugerah itu 2 kali dan membantu bangor city menjadi naib juara liga musim lepas.contoh mudah, hardi jaafar tersenarai dalam 32 player terbaik asia,memang mengejutkan pasal dah hardi jaafar main liga Gred D asia,dahtu tersenarai dalam 32 pemain terbaik asia yang dah confirm pernah main kat eropah,liga juara-juara AFC,dan liga top-top di asia.

No comments:

Post a Comment