Tuesday 10 July 2012

luca di masa lepas dan nico di masa kini

 brad jones sering menceritakan tentang kenangan dan saat-saat akhir luca jones bersamanya,luca jones meninggal dunia 18 november 2011 kerana leukimia dan kematiannya memberi kesan kepada karier dan emosi brad jones.luca juga ada melukis gambar keluarganya bersama ahli baru walaupun semasa nico,adiknya dilahirkan luca sudah tidak wujud lagi.

semasa luca sedang dikuarantin jones membuat keputusan untuk menceritakan tentang ibu tirinya yang sedang mengandung bermakna luca akan menjadi seorang abang.luca adalah anak jones dengan bekas pasangannya, julie kini brad jones berpasangan dengan dani lawrence,luca meninggal dunia pada usia 6 tahun dan  nico dilahirkan 2 bulan selepas kematian luca dan ini memberi penawar kepada kesedihan jones.
brad juga tidak lupa untuk mendedikasikan kemenangan dan setiap kejayaanya kepada luca seperti mendedikasikan kemenangan piala liga kepada luca dan aksi nya mengagalkan penalti aiyegbeni yakubu kepada luca jones.brad jones juga selalu menceritakan betapa sedihnya dia bila diberitahu luca sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan dia menangis selepas melawat luca di wad nya.

2 comments: