Tuesday, 21 January 2020

Saudagar Senja



Tiba-tiba aku teringat program yang pernah tayang kat tv3 ni dulu dalam era awal 2000an gitu.

dokumentari bagaimana usahawan-usahawan kecil tabah menghadapi perubahan era dimana perniagaan mereka kebanyakannya mula merosot akibat perubahan permintaan dan peredaran zaman

janganlah engkorang cuba carik kat youtube atau pun google images, memang tak jumpa punya. Akaun youtube tv3 lagi la taboleh harap. mana simpannya program rating rendah macam ni.

Antara-antara episod yang aku ingat ialah Kedai Dobi Hendru, satu perusahaan dobi yang masih menggunakan tenaga kerja manusia sepenuhnya dikala pengusaha kedai dobi lain mula beralih menggunakan mesin washer besar gedabak dan berkapasiti tinggI. Tetapi situasi berbeza di kedai Hendru yang beroperasi seperti di sebuah kawasan tapak rumah setingga, segala kerja dari membasuh,menyental,menyidai hinggalah menggosok dan melipat baju diuruskan sendiri oleh para pekerja yang rata-rata golongan 30-40an. Sempat juga ditunjuk mereka merebus baju dengan soda untuk memastikan pakaian putih dan bersih, juga menjemur pakaian di dalam tempat pendiang api yang marak kerana perlu memastikan laundry tidak tertangguh atas faktor seperti hujan. Mereka juga mengambil tempahan mencuci alas meja dari restoran yang dibersihkan menggunakan kudrat manusia di sungai kerana alas meja yang dihantar selalunya berada dalam keadaan terlalu kotor dan lebih bersih jika menggunakan tenaga kudrat berbanding mesin basuh.

Gula tarik pula antara episod yang mencuri tumpuan aku. Seorang apek cina meniaga gula tarik di hadapan kawasan sekolah dan dia mengusahakan sendiri pembuatan gula itu di rumah dan menjualnya di atas basikal jepun miliknya. Aku sendiri pada masa itu tidak tahu tentang kewujudan manisan jenis ini terpegun melihat bagaimana dia membuat gula itu dan menjualnya tanpa perlu mengupah pekerja.

Atap rumbia, seorang makcik mengambil upah membuat atap rumbia satu perkara yang aneh dan janggal bagi aku kerana meskipun duduk di bandar dan kerap berulang alik ke kampung halaman, aku tidak pernah melihat atap rumbia ini !! kerana rumah kampung pada era itu beralih menggunakan asbestos dan zink. Walhal, pokok nipah yang digunakan untuk membuat atap jenis itu senang didapati di sekeliling kawasan kampung ku. Begitu juga dengan saudagar cina yang turut mengusahakan atap jenis ini mengeluh mengenai permintaan yang kurang dan merosot berikutan peredaran zaman. Permintaan untuk atap jenis ini hanya datang dari pengusaha kedai makanan yang mahu menghidupkan kembali suasana dahulu kala. Oleh hal yang demikian, setiap kali aku makan di kedai melayu yang menggunakan atap jenis itu sebagai dekorasi, aku sentiasa teringat pada program ini yang memperkenalkan aku pada salah satu warisan rumah Melayu itu.

2 comments:

  1. Betul.pernah tgk jgk.kisah dobi.lagu lagu saundtrack dia pun lagend juga.

    ReplyDelete
  2. power la bang......cari jap satu episod...nak dengor montaj dengan suara commentator

    ReplyDelete