Aku mengaku yang sejak 23 tahun dulu sampai la hampir 15 tahun lepas.....kira kira 8 tahun tu aku peminat Senario, Kumpulan Pelawak Ulung ! tapi harini bila aku tengok balik lawak-lawak diorang kat youtube, aku jadi susah nak ketawa pulak sedangkan zaman lewat 90an dan era awal 2000an dulu tengok muka saiful apek dan yassin je rasa nak gelak. Mungkin sebab lawak skripted dan bersopan tu tak lagi diterima baik di era sekarang ? zaman dimana orang suka buat lawak double meaning (maksud berlainan) dan lawak spontan ? problemnya lawak-lawak harini pun aku kurang gemar sebab pelawak tu sendiri melawak sendiri gelak, penonton dalam studio pun pakat ikut.
Maaf cakap lawak Senario ni dah basi pada pendapat aku, diorang perlukan kreatif team yang kaya dengan idea-idea baru, umum tahu senario ni digemari di setiap peringkat umur. Dari kanak-kanak sampailah golongan dewasa tapi entah mana silapnya lawak diorang stuck di satu tempat gagal mengikuti arus semasa. Aku suka pada format lawak senario yang bersopan dan tidak merendah rendahkan fizikal rakan seperjuangan dalam masa yang sama kaya dengan nasihat dan pengajaran. Cuma pengisian dan penyampaian lawak Senario tu perlulah mempunyai penyudah yang tajam dan sentiasa diingati ramai. Generasi harini pun dah lama muak dengan pelawak keluaran realiti tv yang tak abes abes dengan lawak mempersendakan fizikal lahiriah teman seperjuangan dan tak habis habis dengan pickup line nya yang sudah lapuk dek hujan, lekang dek panas. Cmon lah ! dah 2020 ni, pikap line so 2016 !!!
2020...aku masih rage dengan pelawak yang diangkat jadi pengacara dan DJ radio selepas kareer sebagai pelawak yang tak berapa menjadi.
No comments:
Post a Comment