Tahun 2000 satu perjalanan masa yang panjang untuk aku, bila disebut tahun 2000, perkara-perkara sebegini akan terlintas di fikiran aku.
1 GT Boyz
Dress up macam Takeru dalam citer digimon, konon futuristik lah ni. George Town Boyz awalnya gah dan dapat perhatian di awal kemunculan mereka dalam industri. Tapi malangnya, selepas lagu generasi 2000....mereka tidak lagi mendapat tempat di hati penggemar industri muzik tempatan. Nak kata fanbase takde, ada tu ada siap buat trip bercuti bersama sama diorang lagi. Ini apa yang aku baca dalam majalah Mangga keluaran tahun 2002 la.
Kalau boyband lain berpecah, ahli-ahli diorang akan diserapkan ke kumpulan lain untuk pastikan survival karier seni diorang. Ekceli tu untuk habeskan saki baki kontrak diorang dengan syarikat rakaman je. Tapi boyband yang satu ni entah dimana silapnya, sorang pun tak bertapak atau bertahan di dalam industri. Dari 5 orang, sorang pun tak mampu survive macam jadi pelakon, pengacara,DJ radio atau terlibat di balik tabir jadi komposer,produser album. Yillek !!
Ni boleh dikatakan One Hit Wonder lah, Ada jugak berita yang kurang enak didengari bila seorang ahlinya, Asrul turun naik mahkamah selepas menyebabkan kematian seorang lelaki cina yang disangka sebagai undercover sedang mengintip aktiviti haram mereka, Asrul dan seorang lagi rakan sedang membungkus dadah semasa kejadian itu berlaku di tempat pembuangan sampah dan apabila terkejut dengan kehadiran lelaki itu diorang pun membelasah mangsa hingga mati. Tak tau la dah jatuh hukum ke belum.......
2. Maria Marianna
Satu lagi adaptasi filem ke drama karya Yusoff Haslam, main kat tv3 punya la boring time ni sampai tiap tiap petang aku abes masa depan TV. Pelakon pun lain sikit sebab era tengah top time ni gila la sape mampu bayar Erra berlakon drama TV.
3.Salam Taj Mahal
Selepas kejayaan Romeo dan Juliet, Umie Aida disunting lagi untuk drama tv petang petang. Salam Taj Mahal yang mana dia mencari abangnya yang terpisah jauh sejak kecil. Watak abangnya itu dilakonkan oleh M Nasir.
4. Hugo
Setiap sabtu di NTV7 aku dok tengok la main scrablle, game Hugo naik burung kasawari. Lama lama jadi bodo pun ada. Pengacara dia time ni Anne, lama dia ni menghilang sebelum jadi penyampai hot fm pada 2006. Sape yang masih ingat tu memang power.
5. Who Wants To Be a Milionaire ?
Program ni aku tengok setiap malam kat NTV7 punyalah suspen masa ni dengan gaya persona Jalalludin Hassan masa tu tiap kali dia offer talian hayat pada para peserta.
6. Idaman
Telenovela melayu ni kemudian dibeli Astro dan dijenamakan menjadi Astana Idaman, zaman dimana orang Melayu mula menerima konsep telenovela. Watak Datuk Mansor lakonan Jalalludin Hassan tu sangat lah ikonik sampai harini.
7 Voice Of Tomorrow
Suara hari esok ?? aku rasa ramai yang tak ingat kempen ni. Entah apa motif kempen ni aku pun tak tahu. Tapi video muzik dia style.
8.TYCO
Bila Damon Albarn cuba tampil secara virtual dan digital dengan mengetengahkan kumpulan Gorillaz, KRU plak cuba jadi luar biasa dengan jadi artis tempatan pertama tampil di alam maya sebagai TYCO. Sempat bertahan untuk satu album, boleh dikatakan satu projek yang gagal di pasaran sebab tidak mendapat sambutan meskipun satu idea yang kreatif dan futuristik.
No comments:
Post a Comment