Tuesday, 21 January 2020

Imbasan Tahun 2000 Part 2

Imbasan Tahun 2000 part 2......

1. TV3 dan slot iklan

Waktu era awal 2000an ni dulu masih ramai yang pakai tv bersaiz kecil sebab tv 29 inci sangat2 la mahal pada masa tu. Engkorang boleh bayangkan tak dahla skrin tv

kecik, pastu jadi kecik lagi sebab atas dan tepi ada ruang iklan lagi. Punya la tinggi rating tv3 time ni sebab berebut rebut orang buat iklan atau tv3 nak raih duit

iklan semaksima mungkin sebab masih belum pulih dari krisis kewangan 1997 ???

2. Maria Mercedes - Telenovela Amerika Latin

NTV7 masa ini jadi pilihan aku sebab slot rancangan urban belaka dan tidak bertumpu pada masyarakat kampung,desa macam content di TV1,2 dan tv3. Maria Mercedes yang di

dubbing ke dalam Bahasa Melayu jadi pilihan ramai penonton pada waktu petang. Kisah Maria gadis marhaen yang melakukan pelbagai jenis kerja untuk survive dan seorang

anak hartawan kaya jatuh cinta padanya. Aku rasa inilah telenovela Amerika Latin pertama yang aku tonton. Sebelum demam telenovela melanda Malaysia di awal era 2000an

dengan TV2 menayangkan Por Tu Amor dan El Amor es como Lo Pintan, tv3 pula dengan Rosalinda yang menerima sambutan hangat selepas itu diganti dengan La Intrusa, NTV7

pula kekal mendahului dengan La Usurpadora bermaksud Si Penyamar, tetapi kegemilangan memuncak dengan Mis Tres Hermanas (2001-02) hinggakan Phyne Ballerz keluar dengan

lagu Purest of Pain nyanyian Son By Four yang diterjemahan kepada Vida yang menjadi lagu hit kumpulan itu. Selepas Mis Tres Hermanas tu Yo Soy Betty La Fea yang

kemudian diadaptasi untuk pasaran Amerika Syarikat menjadi Ugly Betty, terlebih dahulu RTM 2002-2003 ada main El Amor Es como Lo Pintan (produksi Mexico) yang turut

meniru konsep Betty La fea (produksi Colombia) selepas aku tak ingat apa plak sebab sibuk main bola.

3. Sinaran Paspot Kegemilangan

SPK telah banyak melahirkan pelawak-pelawak baru era 90an seperti Cecupak dan Senario, disamping itu ada juga pelawak solo seperti Farouk Hussain dan Shamsul Ghau

Ghau. Program yang sering ke udara setiap petang ahad selepas buletin 1.30 ini akhirnya ditamatkan pada tahun 2002 tanpa sebarang pengumuman. Sejak itu amat sukar

untuk kita melihat pelawak-pelawak baru muncul sebelum Raja Lawak Astro pada 2007 yang mengubah landskap lawak negara dengan kemunculan nama-nama besar seperti

Zizan,Johan,arwah Yus.

4. Game Show

Masa ni apa kata survey yang dihoskan oleh Hilmi Gimmick di NTV7 mendapat rating yang memuaskan, bila tengok variasi game show dari tv ke stesen tv yang lain waktu tu

rasa bertuah betul dapat tengok content program tv berkualiti dan menguji minda. Tanpa perlu membodohkan diri untuk populariti. Roda Impian terlebih dahulu menemui

penonton pada tahu 1998 di tv3 yang di hoskan oleh Halim Othman, bersama co-host yang aku dah lupa namanya. Selepas itu Siti Shahriza ( Eja) menjadi gadis pembuka

kotak sebelum diganti dengan Liza AF untuk musim akhir. Kemudian program ini berpindah ke Astro Ria, selepas Halim Othman arwah Hani Mohsin Hannafi pula menjadi hos

roda impian sehinggalah ke episod akhir. Ungkapan " Saya putar halim !!! ", " Wang besar !! wang besar !!", sering kedengaran seakan akan menjadi trademark untuk

rancangan ini. Selepas 14 tahun berlalu, aku masih merindui program ini disamping program "Kunci Khazanah" yang turut disiarkan di Astro Ria setiap malam Jumaat yang

dihoskan oleh Azhar Sulaiman, kemudian Fahrin Ahmad.

5. Alaf Baru

Aku yang masih lagi kanak-kanak ribena pada waktu ini tidak faham apa itu alaf baru ? mungkin kerana belum diterangkan secara jelas di sekolah melalui silibus

pembelajaran apa itu 100 tahun, apa itu 1000 tahun, apa itu 10 tahun, apa itu tahun lompat. Pada mereka yang lahir pada dekad-dekad sebelumnya seperti tahun 70an,80an

kerana mereka menjadi dewasa di satu permulaan milennium yang panjang. Tahun 2000 pastinya lembaran baru kerana dalam kalendar tidak lagi sangkut pada format 19xx tapi

sudah bertukar kepada 20xx. Agaknya cucu,cicit,piut aku di tahun 2100 nanti baca la ya apa yang aku tulis ni atau Mungkin mereka tidak bernasib baik kerana Blogspot

mungkin sudah berkubur dan server datanya sudah dipadamkan.

No comments:

Post a Comment