Tuesday 14 January 2020

Kumpulan Dance Kru

Kalau ditonton video-video lama kumpulan Rap utama di era 90an sewaktu di awal kemunculan mereka. Pasti mata kita tak lekang dari melihat kelibat 4 pemuda yang menjadi penari pengiring trio adik beradik ini. Mereka terdiri daripada Dino, Am, Adik dan Nurul. Mereka juga sempat diselitkan dalam lagu Fanatik dalam lirik berbunyi

" Di belakang ku kumpulan bersatu Dance Kru !!!"

Pada generasi yang lahir di zaman KRU mula bertapak dalam industri dan mula kenal Kru pun zaman album inggeris The Way We Jam agak sukar untuk aku tahu lebih lanjut pasal kumpulan ini. Dapat tahu pasal Dance Kru ni pun lepas dok tengok non stop video dari akaun youtube Zman Din yang kerap kali dan selalu upload video-video artis Malaysia baik yang baru atau lama. Perasan lepas satu demi satu persembahan mereka dibantu 4 orang penari latar yang sama !! Semasa konsert terakhir KRU di Istana Budaya pula semasa menyanyikan lagu Mengerti, quartet ini membuat kemunculan semula sejak sekian lama ! dan memakai sepersalinan ala ala pekerja workshop, mirip dengan baju yang mereka pernah pakai sewaktu perform di sebuah show di RTM yang mana Norman dan Yusry menyanyikan lagu Mengerti !! tetapi frasa frasa rap Norman tidak dibenarkan kerana irama Rap di gam oleh RTM

No comments:

Post a Comment