Wow sampai jugak ke tahun 2020 ni ! rasa macam semalam je tahun 2010 dan tak lama dulu tahun 2000. Tau tau milennial baby dah umur 20 tahun dan 90s baby bakal berusia 30 tahun !!
Cepat betul masa berlalu sampai tak rasa dekad 2000an dan 2010an dimana aku membesar dan jadi dewasa berlalu sebegitu pantas.
Genap 9 tahun jugak usia blog ni !!! gila la 9 tahun masih tak activate. Tapi platform media sosial aku paling lama tentulah facebook. Masuk bulan januari 2020 dah genap 10 tahun !!! gila la 10 tahun masih stay kat fesbuk. Zaman 2000an dulu, media sosial ni trend semasa je masuk tahun ke tiga orang mula beralih arah ke platform lain sebab teknologi ni kita susah nak jangan berapa lama relevan dia dalam kehidupan kita. Myspace yang gah dulu tu pun jatuh tergolek sedangkan FB, Twitter masih lagi gah dan mendunia saban hari. Mungkin pengguna media sosial kita semakin matang dan tak terikut ikut dengan perubahan trend???
Macam tu jugak dengan Youtube, dah 15 tahun ! masih relevan dan tidak ada platform video lain yang boleh ambil alih dan semakin hari semakin jadi tumpuan dan pilihan utama untuk mereka menonton video dan berita berbanding televisyen yang semakin hilang tarikannya sampai platform tv konvensional macam Ntv7, 8tv dan tv 9 asyik main CJ wow shop je pagi petang tak henti henti sampai hilang slot adik di 9 yang jadi tontonan kanak kanak, remaja dan tak berapa nak dewasa macam aku.
Okey mungkin mereka yang duduk di kawasan ada fibre internet takde masalah untuk melanggan netflix,iflix dan platform streaming lain yang seangkatan dengannya tapi percayalah tak semua mampu langgan netflix meskipun harganya cukup berpatutan pada pandangan aku. Aku yang duduk jauh dari panggung wayang ni mampu donlod illegal kat telegram aje lah.
Harap harap la 2020 ni TM boleh luaskan lagi rangkaian fibre internet dia, dahla copper cable (streamyx) mahal namati pastu speed slow namampos. Saje nak peringat yang TM Unifi ni dah masuk tahun ke 10 !!!!
No comments:
Post a Comment