Friday, 17 August 2018

SMK Taman Setiawangsa

Penulis pernah bersekolah di sekolah yang terletak di kaki bukit Setiawangsa inu mulai tingkatan 2-5, penulis memasuki kelas 2 gigih, kemudiannya 3 setia. Selepas PMR, penulis dimasukkan ke kelas SPM aliran perdagangan. Terdapat 2 kelas untuk aliran ini iaitu Jaya dan Maju. Pastinya Jaya lebih bijak pelajarnya kerana ditempatkan berdasarkan keputusan pmr yang lebih baik dan sudah pasti memiliki A dalam slip pmr.

Untuk tingkatan 1 hingga 3 pastinya leceh dan tidak relax kerana jika gred peperiksaan akhir tahun merudum sudah tentu jatuh ke kelas lebih rendah tahap gred nya.

Tetapi untuk SPM, kami tidak lagi perlu risau kerana kami akan kekal bersama untuk 2 tahun ini di tingkatan 4 dan 5. Secara tidak langsung, sistem ini mewujudkan ikatan mesra dan rapat sesama kami di luar kelas. Biarpun sudah bertahun tahun tidak bertemu kerana masing-masing ada komitmen sendiri selepas tamat SPM, menyambung pelajaran dan mula memulakan alam kerjaya. Kami masih ingat sesama sendiri dan masih mengikuti perkembangan rakan-rakan yang lain dari jauh biarpun bertahun tahun tidak bersua muka. Terima kasih kepada teknologi media sosial yang merapatkan kami secara maya.

Siapa sangka kami masih berkawan sampai ke hari ini biarpun kawan-kawan di universiti, kolej, tempat kerja, kawan kawan sama hobi datang dan pergi.

Sekian lama meninggalkan kasut putih, seluar hijau dan baju kemeja putih lengan pendek. Aku tergerak untuk mengikuti perkembangan terkini sekolah ku. Agak terkejut, bukan kerana bangunan baru sebaliknya Ada aliran baru dimasukkan iaitu aliran agama harian, selain itu nama-nama kelas juga sudah diubah. Tiada lagi nama-nama seperti Amanah, Bestari, Cekap,Dinamik,Gigih,ilmu,Jaya,Maju,Rajin,Setia,Tekun,Usaha,Yakin seperti zaman aku dahulu.

Ini sesuatu yang janggal kerana tidak sampai 10 tahun aku meninggalkan sekolah itu mereka sudah menukar nama nama kelas. Begitu juga pada kedudukan lencana, zaman aku dahulu lencana dijahit di atas poket, bukan di poket baju. Di atas lencana pula dijahit nametag. Tetapi kini situasi telah berubah, lencana dijahit di poket dan nametag dijahit di tempat sama cuma lebih rendah kerana sudah tiada lencana disitu.

Pakaian pengawas? di zaman aku spm tahun 2009 dahulu ketika itu sedang berlaku proses transisi dari baju hijau berseluar hitam ke baju biru terang dan seluar dark blue. Aku mungkin bernasib baik sempat melihat perubahan ini tetapi tidak generasi spm 2008 dan sebelumnya.

Tahun demi tahun pun berlalu, ada diantara alumni sekolah ini mula menempa nama di bidang hiburan. Pada era aku, kami hanya tahu Pierre Andre saja yang pernah bersekolah disitu dan dia pernah bertugas sebagai pengawas. Sejak itu boleh kata tiada yang menonjol di dunia hiburan, tetapi apa yang aku ingat Afif yang juga pengawas, spm 2007 pernah menganggotai kumpulan max 24/7 yang dikritik teruk kerana meniru kpop.

Bila menyebut nama Nazrin mungkin tidak ramai tahu, tetapi jika nama Juzz Thin disebut pasti ramai teringat rapper yang pernah berduet dengan Waris untuk lagu Cintaku 100%. Penulis secara tidak sengaja perasan akan kelibat Juzz Thin waktu itu kerana jika penulis lewat ke sekolah pastinya dia ada sekali, kerana dia memang sengaja datang lewat. Dia bukan lah pelajar samseng atau kaki pukul. Cuma lewat sahaja. Lagipun rumahnya begitu hampir dengan sekolah.

Tahun berganti tahun, satu demi satu alumni sekolah ini mencuri perhatian. Sterk Production yang dikepalai oleh Farhan Mazlan paling jelas untuk dikaitkan dengan Taman Setiawangsa kerana asal kumpulan itu dari taman ini dan Smk Taman Setiawangsa. Mereka ini adalah alumni spm 2011.

Akhir sekali penyanyi, Sissy Imann. Penulis tidak mengenalinya secara peribadi kerana penulis tidak sempat bertemu atau terserempak dengannya kerana dia baru tingkatan 2 dan sesi petang sewaktu penulis berada di tahun terakhir.

No comments:

Post a Comment