fesbuk ni suka betul korek balik tau Kenangan zaman lampau.
Tahun 2013 merupakan tahun terakhir Lower Cost Carrier Terminal digunakan sebelum Air Asia berpindah ke KLIA 2 sekarang ni. Bermakna tapak LCCT sedia ada sekarang ni akan digunapakai sebagai tempat kargo.
Lcct mula dibuka pada 2006, sebelum tu penumpang Air Asia merasa la naik kapal terbang tambang murah mendarat kat KLIA 1 yang jugak digunakan sebagai hub Malaysia Airlines (MAS) .
LCCT ni takla besar mana, saiznya macam Tesco Hypermarket je. Satu aras je airport dia. Tapi yatuhan! sebaik saja jejak kaki ke terminal ni je dah dengar hiruk pikuk segenap alam. Semua berkejar kesana kemari. Berbeza betul dengan situasi di KLIA yang lebih tenang dan tersusun, baik di kawasan daftar masuk bagasi ataupun kawasan ambil bagasi dan beredar keluar. Mungkin sebab Lcct ni menampung penumpang lebih ramai dari jangkaan asal.
Selepas setel scan bag dan cek in. Kena plak lalu satu lagi laluan dimana hanya pemegang tiket flight/boarding pass dibenarkan masuk. Part paling leceh tu kena bukak tali pinggang, selongkar beg.
Abes je hal ni boleh la pergi departure hall, iaitu balai berlepas. Kena tengok betul betul la pada boding pas tu kat mana Nombor pintu yang betul. Takde ekslusif dan mewahnya LCCT ni, macam guna TBS bandar Tasik Selatan je.
Sebaik saja gate dibuka, sume penumpang diminta beratur dan hulurkan boding pas dan ic/paspot. Sebelum jalan beramai ramai menuju ke kapal terbang. Kalau kat KLIA ada aerobridge yang menghubungkan penumpang terus ke pintu masuk kapal terbang. Tapi kat LCCT ni kena masuk laluan berbumbung untuk lindung dari panas atau hujan macam kat parking lot tu. Pastu baru naik lori yang ada tangga siap pasang tu untuk masuk ke pintu kapal. Pernah terbaca paper tahun 2006, Uncle Tony tak mau bayar 50 sen yg dicas ke bil tiket penumpang untuk gunakan aerobridge tu.
nila dia rupa sebenar aerobridge kalau malas nak gugel |
Lepas duduk dan rehat bontot atas seat hitam air asia, barula rasa lega sikit. Letih nau
scan bag dulu, nanti polis tu akan tampal stiker kat bag untuk masuk kargo. |
kaunter cek in. tak style langsung lcct punya serupa gi supemaket |
beratur tunggu turn |
Nila dia pesawat yang aku naik dulu. curi curi amik gambar. ground krew tak kasi amik atas sebab keselamatan. tengok la kipas kapal terbang tu. ngeri....
No comments:
Post a Comment