Nasik set atau nasi bujang. Apa nama lain lagi? cukup popular di kalangan pelajar dan mereka yang baru sahaja memulakan alam pekerjaan dimana belum memiliki sumber kewangan yang stabil.
Zaman penulis dulu set nasi sebegini didatangkan bersama sepinggan nasi putih, telur mata atau telur dadar yang dipotong, sup kosong beserta timun dan sambal belacan. Jika bernasib baik atau tokey kedai bermurah hati mahu melunaskan segala sisa sisa lebihan lauk, boleh la bermewah sedikit. Dengan bermodalkan rm2 pada era awal 2010an itu sudah cukup untuk mengisi perut di tengah hari dan malam hari. Mujurlah penulis bijak berbelanja jadi amat sukar untuk menjamah hidangan ini dengan kerap. Diwaktu malam, penulis dan rakan rakan serumah selalunya makan nasik goreng kerana kami sejak awal awal semester lagi sudah mencatu bajet untuk barang rumah.
Berbanding mereka yang lain menjamah menu ini dengan kerap, penulis hanya menjamah apabila rasa teringin dan mahu mencuba. Mungkin juga ingin berjimat duit, kerana sepinggan mee goreng/nasi goreng + air
minuman sahaja sudah mencecah 8.50 ke rm 10 ringgit di kedai masakan Melayu. Mahu tidak mahu, penulis kena juga berjimat apabila makan dan melepak diluar supaya tidak pokai. Bayangkan dengan bermodalkan rm2.00-2.50 boleh mengisi perut dengan sepinggan nasi, telur goreng, sambal belacan + timun, sup dan ais kosong atau sirap jika tuan kedai bermurah hati.

Apa pun pengalaman ini sedikit sebanyak memberikan pengajaran buat penulis supaya tidak boros dan sentiasa bijak berbelanja.
No comments:
Post a Comment