Wednesday, 15 August 2018

Filem Melayu : Darah Satria

Leftenan Muda Ariff yang berkhidmat untuk Rejimen Askar Melayu Di Raja, melangsungkan perkahwinan dengan Rafidah, jiran sekampung nya. Rafidah bertugas sebagai guru agama di kampung mereka sering berjauhan dengan Ariff atas faktor tugasnya yang sering mengawasi perbatasan negara.

sub-plot filem ini, Badul dan Iskandar, 2 orang rekrut muda berpangkat Prebet yang hanyut dan lalai dengan hiburan.

Filem ini banyak berlatar belakang kan Malaysia era pasca merdeka dimana para perajurit negara dipaparkan memerangi pengganas Komunis di hutan. Biarpun tidak lagi agresif seperti era sebelum 31 Ogos 1957 tetapi Komunis masih lagi 1 ancaman kepada keselamatan negara. Kerana mereka belum lagi isytihar untuk meletak senjata sehinggalah perjanjian Baling 1989.

Lt. Muda Ariff dinaik pangkat kepada Leftenan selepas kejayaan operasi di hutan.

Semasa pulang sebentar menjenguk isteri di kampung, Ariff diperintah melapor diri kerana ada operasi Indera Jaya. Ariff yang belum sempat lagi menghadiri kursus sebagai Pegawai Risik.

Semasa bertempur dengan pengganas di hutan, Iskandar telah terkena jerangkap samar dan terkorban. Badul yang sedih dan berang dengan kematian Iskandar telah bangkit dan berkobar kobar untuk menumpaskan pengganas.

Lt Ariff sempat menandakan 1 jerangkap samar supaya anggotanya lebih berhati hati, malangnya Badul yang tidak tahu akan tanda itu telah terpijak dan meletup. Tuan Ariff cuba menyelamatkan Badul malangnya dia turut terkena ledakan itu. Badul cedera ringan, manakala Leftenan Ariff cedera teruk. Dia buta dan mengalami kecacatan kekal.

Cuma ada sedikit ketidakselesaan di penghujung cerita ini bilamana Ariff mengumumkan pada orang tua, mertua dan isterinya dia tidak lagi normal seperti lelaki lain kerana hilang ke lelakian nya. ini agak taboo untuk filem yang ratingnya sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. Malahan filem perang Hollywood tidak berani menampilkan masalah batin sebegini.

No comments:

Post a Comment