Monday, 6 August 2018

Kenangan Ampang Park

Ampang Park sedang dalam proses dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek MRT2.








Ampang Park yang betul-betul terletak di Jalan Ampang dan bersebelahan dengan Jalan Tun Razak. Lrt Ampang Park juga dinamakan sempena pusat membeli belah yang tertua di Kuala Lumpur ini.

Ampang Park pada satu ketika menjadi tumpuan warga kota kerana banyak jenis barangan yang dijual ditawarkan disitu, arked video game juga ada disitu lama dahulu. Lama kelamaan seiring dengan kepesatan pembangunan Kuala Lumpur, Ampang Park kian dilupakan kerana banyak pusat membeli belah terkemuka dibangunkan disekitar kawasan itu. KLCC pula tidaklah jauh dari situ, pada pengalaman penulis tidak sampai 1 kilometer berjalan kaki sudah sampai ke KLCC.












Rekaan AP asalnya berkonsepkan pengudaraan terbuka (open air) tetapi disebabkan udara panas, maka kawasan yang terdedah ditutup supaya lebih dingin di bahagian dalam. Rekaan ini mirip dengan pusat membeli belah Subang Parade di Subang Jaya. Subang Parade juga bertutup supaya suhu dingin di dalam kekal nyaman dan selesa.

Penulis yang hanya berkunjung ke Ampang Park zaman dimana ia kian suram dari sambutan orang ramai. Tetapi masih berupaya merasai signature yang terdapat di pusat membeli belah ini seperti kedai Laksa D Lite yang betul betul terletak di pintu masuk mall ini, tak lupa juga Cozy Corner yang sinonim dengan Amp Park.




Ampang Park biarpun tiada tarikan baru, Tetapi urusniaga tetap rancak dimana ada Ampang Fresh Supermarket yang sering membuat jualan harga runtuh, McD, KFC, Pizza Hut dan lain2 Restoran yang meriah dikunjungi mereka yang bekerja di menara-menara pejabat disekitar jalan Ampang.



Usaha merobohkan Ampang Park sudah diusulkan sejak 2015 lagi dan sejak itu usaha dan kempen untuk seperti Save Ampang Park turut digiatkan. Apakan daya, tiada lama tiada baru. Maka Ampang Park terpaksa memberi laluan kepada pembangunan baru.


No comments:

Post a Comment