Saturday, 2 February 2013

Emirates Kini Expensive Rates ,Arsenal Yang Cekik Darah Dan Kapitalisme

dah la 8 tahun tak menang piala,dah tu boleh pulak cekik darah.ini namanya arsenal apa hebat sangat team london ni ??? selain dari jadi batu loncatan kepada pemain muda yang lupa diri arsenal jugak perasan mereka la barcelona versi epl, tapi barca penuh dengan sukses dan setiap tahun menang trofi dan barca jugak passing lagi detail dan tak se ringkas arsenal cara permainannya,boleh kata arsenal ni hanya la mengikut basic yang pemain barca praktikkan masa latihan, kalau arsenal ni masih jugak nak mengaku dia barca epl sudah-sudah la tu.

ini bukan kali pertama berlaku pada perlawanan gred A antara liverpool vs arsenal, sebelum ini man city vs arsenal pun berlaku sehingga travel fan man city memulangkan kembali 900 tiket yang berharga 62 pound.protes tiket mahal dimulakan oleh Spirit Of Shankley, penyokong liverpool. SOS juga mahu bekerjasama dengan penyokong kelab lain untuk membanteras gejala cekik darah arsenal ini dari berleluasa.SOS juga mahu tiket untuk penyokong yang bertandang ke gelanggang lawan di turunkan kepada harga 25 pound kerana kos pengangkutan yang sudah sedia mahal.pada ketika ini harga standard untuk travel fan ialah 30-40 pound dan ini masih lagi dikira munasabah berbanding 62 pound oleh pasukan yang sudah 9 tahun tidak memenangi liga dan 8 tahun tidak memenangi piala.


No comments:

Post a Comment