Monday 11 February 2013

Masih Tak Sedar Dari Tidur Lagi ???

 
Nigeria,sebelum ini dianggap pasukan tidak konsisten walaupun layak ke piala afrika dan piala dunia 2010.

burkina faso pula kali pertama melangkah ke final piala afrika,tetapi membuktikan mereka bukan pasukan belasahan walaupun perlawanan dimonopoli nigeria.
2 pasukan ini berada di ranking 52 fifa dan 92 fifa, nigeria sememangnya dikenali ramai tanpa ragu-ragu tempat ke 52 fifa milik mereka, burkina faso sebelum ini negara yang kurang dikenali dalam sukan bolasepak,juga tidak ada sejarah cemerlang tetapi kali ini mereka melakar kejutan dengan layak ke final menyingkirkan juara tahun lalu, zambia di peringkat kumpulan, mengalahkan Togo,peserta piala dunia 2006 di suku akhir, menumpaskan ghana,peserta piala dunia 2010 di separuha akhir.di final gol sunday mba minit ke 40 menamatkan mimpi indah mereka.....ini satu pencapaian yang mendadak dari burkina faso dan tak mustahil selepas ranking dikeluarkan pastinya kedudukan ranking fifa burkina faso dari tangga 92 berubah ke kedudukan lebih baik.di malaysia  wujudkah kesedaran dari orang di atas sana untuk mencontohi kebangkitan nigeria dan burkina faso ini ???

No comments:

Post a Comment