Thursday, 14 February 2013

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit




aku masih blur dengan cerita ni - sebagai mana aku masih blur apa itu maksud 'pakai toncit' dan apa itu 'toncit' . cerita bermula dengan satu babak di kampung pisang pada tahun 1922 dengan 2 orang lelaki berjalan dengan 1 perempuan tiba di satu jalan tiba-tiba 2 lelaki itu disedut 1 kuasa luar biasa dan tinggal la perempuan itu terkejut dan melarikan diri, seterusnya di tahun 1967, sepasang kekasih menunggang vespa dan tiba di tempat yang sama kejadian 45 tahun dulu lelaki itu pun ditelan kuasa ghaib.kekasihnya memanggil orang kampung ke tempat kejadian dan orang kampung itu ialah pak jabit dan pak abu semasa muda bergaya dengan rambut jambul !.

di zaman moden, husin (awi) menaiki kereta buruk ke warung pak jabit,singgah di warung pak jabit terus audiens faham kenapa dia pulang ke kampung tanpa choppernya,rupa-rupanya husin jatuh muflis kerana taksub kepada MLM dan dari situ lah diperkenalkan watak yeh kontraktor- seorang lelaki berbaju batik,kuat hisap rokok dan suka bersembang korporat padahal dia sudah jatuh bankrap.
sampai di rumah nya, husin terkejut kerana di tegur oleh kak limah yang sudah waras dan bergaya,dia terkejut seakan tak percaya kak limah kini sudah kembali ke sifat asalnya.
di malam hari usop,yang kini mempunyai motosikal roda tiga sumbangan kerajaan,azwan dan 2 orang lagi watak baru yang bersifat pak pacak datang ke rumah husin mengajak ke warung pak jabit.di situ ramai mula tertanya-tanya di mana abi hurairah(johan raja lawak) , usop menerangkan abi hurairah sudah kahwin lari ke lombok.husin memilih untuk berjalan sendirian ke warung pak jabit, lalu di satu perkuburan husin mula mencabar kerana berasa ada benda yang menggangunya lantas dia membuku silat dan tiba-tiba pelepah kelapa di depan nya dan dia lari lintang pukang ke warung pak jabit.

sampai di warung pak jabit husin terkejut dan pak uda memberitahunya dia dan ajkkkkkkkkkk kampung pisang bersepakat telah mendapatkan kerja baru untuk husin di kilang pasir di situ sebagai JAGA!!! husin enggan.
selebihnya cerita aku tak ingat pasal ada babak yang aku tak faham... hantu ayu dari hantu kak limah balik rumah masih ada cuma kali ini ayu berwajah mon (ezlyn) pula kerana husin masih sayangkan mon walaupun mon sudah memutuskan perhubungan mereka dan selepas mon menyambung pengajiannya menjadi guru husin bercinta pula dengan cik nin.mon diceritakan sedang mengajar di satu tempat dan tidak pulang bercuti membuatkan husin terkejut dan mon juga dikhabarkan sudah membeli perodua myvi baru. hahaha

seterusnya semasa usop,azwan dan 2 orang pak pacak datang ke rumah husin mereka terkejut apa yang dibuat husin di dapur rumah nya kerana mereka terlihat 'kelibat' husin melalui cermin dapur.masuk ikut pintu belakang mereka terkejut kerana melihat kepala kambing di gantung di siling rumah dan di lantai ada lembaga berbaju putih berkepala kambing yang sedang menghisap darah kambing.

orang kampung pergi mencari husin di satu jalan mereka bertemu dengan lelaki berjanggut,bertopi,bertongkat dan berpakaian serba putih yang memperkenalkan dirinya sebagai dr.shamsuddin (rashidi ishak) dia menunjukkan di mana husin berada dengan menayangkan footage husin sedang bersama mon di air terjun dan berada di meja makan yang terdapat buah-buahan,mee goreng,pizza dan air sirap tetapi mata husin di 'tipu' seperti makanan itu makanan yang sebenar padahal itu ialah ulat seperti mana kita lihat dalam kebiasaan filem seram melayu dimana mee goreng di lihat oleh mata orang lain sebagai ulat.seterusnya husin dibelai oleh mon yang kemudiannya bertukar rupa sebenar menjadi makhluk halus menyebabkan orang kampung  lari lintang pukang ke dewan masyarakat kampung pisang.
di dewan itu mereka bertemu dengan dr shamsuddin dan tiba-tiba anak si mamat menembak ke siling dewan menyebabkan penduduk kampung pisang terkejut.dr shamsuddin memagari dewan itu dengan magik yang dikeluarkan dari tongkat nya dan tindaan nya itu menarik perhatian hantu-hantu lain untuk menyerang dewan itu tetapi gagal kerana tidak mampu  menembusi perangkap dr shamsudin.usop dan azwan di pilih untuk ke luar dewan dan mereka berdua terkejut kerana melihat hantu dan tiba-tiba orang kampung merasa terkejut usop dan azwan hilang dr shamsudin pergi ke air terjun dan melihat awie,azwan dan usop dibelai oleh orang bunian.di satu jalan, pak jabit cuba meyakinkan sekutu di warung nya supaya percaya hantu itu ialah mainan minda dengan melihat ke pokok kayu ara,tiba-tiba ada kelibat hantu di pokok kayu ara kemudian hilang tiba-tiba hantu itu berada di tempat duduk belakang motor pak jabit dan mereka semua terkejut dan lari tak cukup tanah.
sampai di rumah husin, dr shamsudin membuat ritual memanggil hantu dan hantu mon datang ke situ,teruk hantu mon di pukul oleh dr shamsudin tetapi husin berasa kesian dan dr shamsudin melepaskan hantu mon.
semasa berehat di rumahnya husin terkejut kerana almari nya bergegar,lalu dibuka ada hantu mon di dalamnya tiba-tiba ada dr shamsudin entah dari mana dia masuk.lalu bercerita kepada husin dahulu semasa kampung pisang dibuka mereka membuat ritual dengan menyembah jin di situ dengan memberi makanan dan kambing.lama kelamaan ritual itu dilupakan dan setiap 45 tahun dr shamsudin aka jin kambing yang menghisap darah kambing di dapur husin pada awal cerita mendedahkan siapa dirinya sebenar, dan dia akan datang ke kampung pisang menjelma sebagai manusia untuk menuntut darah korbannya,agak kelakar bila husin mempersoalkan kenapa moyang usop wilcha mengoyangkan tangannya semasa pembukaan kampung pisang,moyang usop dahulunya adalah bekas penari istana.

sebab kenapa jin dr shamsudin itu muncul selama 45 tahun sekali ialah kerana jumlah penduduk asal kampung pisang di awal pembukannya adalah seramai 45 orang dan dia hanya mahukan nyawa lelaki teruna sebagai korbannya.bila mengetahui perkara itu husin pun berlari ke balai raya dan menerangkan ada 3 orang yang dikehendaki dr shamsudin jin kampung pisang itu,iaitu lelaki masih teruna seperti azwan,usop dan husin. orang kampung terkejut mendapat berita bas yang dinaiki rombongan kak limah terjunam ke dalam gaung dan paling memeranjatkan dr shamsudin turut ada dalam bas itu.
di ladang getah,husin di tangkap oleh dr shamsudin yang telah bertukar kepada rupa asalnya iaitu jin yang bersaiz incredible hulk,tanpa diduga anak bang mamat datang dan menembak jin dengan senjata nya,tidak cukup dengan itu dia menembak bazooka pula tetapi tidak berkesan dan lari meninggalkan husin. tiba-tiba hantu ayu @ mon datang menyelamatkan husin dan membunuh jin kampung pisang itu.

 di hujung cerita husin memilih untuk kembali berhijrah dan mencari kerja baru.tiba-tiba datang van ambulan membawa keluar yeh kontraktor dan kak limah yang bersimen satu badan akibat patah riuk dalam kemalangan bas tempoh hari.husin pun meninggalkan kampung pisanng menaiki kereta buruk dan di perhatikan oleh hantu-hantu ayu di ruang udara warung pak jabit.

No comments:

Post a Comment