Nigeria - Super Eagles
pasca piala dunia 2010,goodluck jonathan memerintahkan pasukan nigeria tidak bermain selama 2 tahun kesan pretasi hambar di piala dunia 2010 di afrika selatan,pelik ?? walaupun masih dikira dalam kumpulan 32 pasukan terbaik dunia yang bermain di piala dunia super eagles,gelaran nigeria masih tidak berpuas hati dengan pencapaian semasa mereka.tetapi campurtangan FIFA menyebabkan penggantungan 2 tahun itu dibatalkan dan pasukan nigeria meneruskan aksi seperti biasa.Di Malaysia pula bila ada golongan penyokong radikal yang mahukan kepimpinan bola sepak kebangsaan dirombak dengan harapan mahu melihat sinar kemajuan dalam bolasepak tempatan ada pula golongan yang menentang dengan memberi sokongan kepada pemimpin yang sudah 29 tahun dalam tampuk pemerintahan dan sepanjang 29 tahun dia berbangga dengan hanya menang 1 kali piala AFF dan 2 kali menang pingat emas sukan SEA, padahal fakta sebenar piala AFF itu hanya dikira sebagai perlawanan persahabatan mengikut pengiktirafan FIFA dan sukan SEA lagi lah tidak membawa sebarang makna kerana tidak dibawah kelolaan AFC,badan induk bolasepak asia.sampai bila rakyat kita disogokkan dengan juara asia tenggara ?? oh lupa gelaran juara asia tenggara sudah dirampas oleh jiran seberang tambak yang sudah 4 kali memenangi piala AFF.begitu juga kita disogokkan dengan video lama yang bersuara latarkan cucuk hasan cucuk !! sebenarnya hanya itu lah kemampuan kita dan aku tidak berasa bangga pun dengan video itu kerana kejohanan olimpik juga tidak diiktiraf fifa.
berbalik kepada nigeria,lagi menghairan kan benua afrika ada 48 buah negara dan untuk layak ke piala afrika yang hanya menyediakan kuota 16 pasukan pastinya menjanjikan satu saingan yang sengit untuk layak ke piala afrika.tetapi nigeria masih berasa mereka belum berada di tahap terbaik walaupun berada di ranking 52 fifa ketika ini.ranking 52 vs ranking 156 - pastinya satu perbezaan ketara di mana satu pasukan sudah layak ke piala dunia dan piala negara afrika tetapi masih merasakan mereka pasukan yang tidak cukup bagus meskipun mereka mempunyai pemain yang rata-ratanya bermain di liga luar di mana tahap permainan jauh lebih bagus dari liga sendiri, pasukan 156 pula masih berpuas hati dengan apa yang dicapai sejak 4 tahun kebelakangan ini dengan masih mengekalkan pemimpin di puncak.jika sukan bolasepak di negara ranking 156 itu bukan sukan utama itu masih diterima lagi tetapi sukan bolasepak di ranking 156 itu adalah sukan utama dan peminat mereka masih ramai yang sayangkan sukan itu.malangnya rintihan mereka tidak diendah.....
iktibar nya disini jangan mudah berbangga dengan apa yang kita ada,ambil contoh nigeria mereka berusaha keras untuk ke tahap yang lebih tinggi dan setelah 13 tahun gagal layak ke final pada hari ini mereka kembali ke final.
No comments:
Post a Comment