Tuesday, 26 February 2013

I'm Forever Blowing Bubble Pretty Bubble In The Air

 
semalam genap 20 tahun pemergian satu-satunya kapten England yang pernah memenangi piala dunia dan satu-satunya kapten england yang menjulang jules rimet trofi.sempena mengingati pemergian jules rimet ke 20 itu perlawanan antara west ham united dan tottenham hotspur pagi tadi dimulakan dengan memberi penghormatan kepada cucu bobby moore  poppy 21,freddie 16 dan ava 13 membawa bola ke titik sepak mula dengan memakai jersi west ham bernombor 6 iaitu nombor yang dipakai bobby semasa hayatnya mewakili west ham.
 
 
kedua-dua pasukan bertafakur selama 1 minit dengan penyokong hammers mengangkat kad yang membentuk MOORE 6, di baju pemain west ham pula di jahit perkataan 20 years gone never forgotten mengenang bobby moore sentiasa diingati.

 

terdahulu semasa sesi latihan pemain west ham memakai kit no 6 tanda memperingati legenda kelab itu.dan semalam diadakan sesi memperingati moore dengan memberi kalungan bunga kepada patungnya yang berhampiran boleyn ground.

 

No comments:

Post a Comment