Wednesday, 30 January 2013

JUVANA the movie


cerita bermula dengan sekolah wira bakti ditutup dengan para pelajarnya dipindahkan ke sekolah indra sakti.di sekolah indera sakti botak dan gengnya terpaksa berhadapan dengan pesaing baru, lan todak dibantu jamal.punca lan todak membenci pelatih wira bakti ialah kerana fiq,pelatih yang mati akibat overdose adalah adiknya dan mereka tidak berbuat apa-apa semasa fiq sedang nazak.

pada mulanya budak wira bakti menjadi sasaran pelatih indera sakti, lama-kelamaan apabila berang tindakan indra sakti yang membuli mereka apek dan botak tekad untuk membalas dendam dan dari situ lah bermulanya permusuhan lebih serius antara pelatih wira bakti dan indera sakti. sementara itu daim yang baru menyambung persekolahannya pula seakan terasa terasing dan tidak mahu rahsianya diketahui ramai,setelah rahsia nya bocor daim akhirnya menerangkan sebenarnya apa yang berlaku.daim juga menyara hidup nya dengan bekerja di kilang bata, daim berhadapan cabaran dan halangan dari bos nya yang mengatakan daim tak perlu ke sekolah kerana dia,dan pekerja lain di kilang itu juga orang yang tiada masa depan selain bekas banduan.

di indra bakti, sehari sebelum pembebasan kicap dan gaban berlaku pergaduhan antara konco lan todak dengan wira bakti firm-nama ni aku saja reka :) . dalam pergaduhan itu kicap dan gaban teruk dipukul dan jamal aka kecik tercedera setelah disimbah minyak panas oleh botak yang berang 2 rakannya di pukul,3 orang pelatih wira bakti dimasukkan ke lokap tahanan - bukan tahanan polis.disitu apek, merayu supaya dia dibenarkan berjumpa ibu nya tetapi pihak pengurusan indra sakti baru saja mendapat panggilan ibu apek telah meninggal dan sejak itu apek seorang budak yang baik telah berubah serta merta.botak,yang jahat mula berubah setelah warden -  adlin aman ramli membasuh botak dengan membawa nya melihat jamal yang cedera parah setelah disimbah minyak panas oleh nya dan menerangkan dirinya dahulu juga pelatih di indera sakti,adlin juga dengan nada kasar seakan cuba mengajar botak untuk berfikir,menjadi baik dan risaukan kawan-kawanny, ini babak penting dalam cerita ini yang membawa perubahan kepada sifat botak dan apek.

apek yang kehilangan ibunya mula membuli pelatih lain dan botak pula memilih untuk berhenti membuli dan mengajak panjang,dan komeng untuk tidak lagi mengikut apek dan ayam.di hospital daim ditemani sara,pelajar perempuan yang dikenalinya di sekolah baru.semasa di hospital daim juga menerima lawatan dari kicap dan gaban yang sudah bebas.
jamal kecik pula yang sedang tenat telah di tutup muka nya oleh lan todak yang menyelinap masuk ke wad dan mengakibatkan dia mati.disitu telah bermulanya rusuhan pelatih dengan lan todak mahu menuntut bela kematian kecik dengan meng kambing hitamkan botak.

daim dan sara melawat indra sakti untuk bertemu dengan rakan-rakan pelatihnya di sana tetapi tiba-tiba berlaku rusuhan.rusuhan itu berjaya dipatahkan dengan bantuan FRU, para ibu-bapa yang melawat telah dibawa keluar dengan bantuan pelatih wira bakti menggunakan jalan hutan.lan todak mencari botak tetapi apek yang muncul untuk bertarung dengannya,apek teruk dibelasah datang pula daim dan botak muncul dalam pergelutan botak ditikam dan warden-adlin aman ramli mengacu pistol ke kepala lan mengarahkan dia tunduk.

selepas insiden itu , hukuman pelatih wira bakti di singkatkan kerana mereka membantu menyelamatkan nyawa orang awam semasa rusuhan berlaku.di akhir babak tiba-tiba muncul cikgu raja - bront palarae.

No comments:

Post a Comment