Thursday 24 January 2013

Senarai Goalkeeper Terburuk Dalam Sejarah Manchester United

Raimond Van Der Gouw  julai 1996- jun 2002
menjadi pilihan kedua di belakang peter schmeichel, hanya dikenali kerana berlakon di dalam iklan pepsi dengan menjadi gol keeper semasa pasukan fusbal man utd menentang pasukan fusbal juventus.

Mark Bosnich julai 1999 - januari 2001
dibawa masuk secara percuma dari aston villa,dilihat sebagai pengganti tepat pete schmeichel tetapi mempamerkan aksi kurang memuaskan,dan kecederaan hamstring.seterusnya karier musnah kerana mengambil dadah

Massimo Taibi  ogos 1999-julai 2000
paling terkenal dalam senarai ini kerana melepaskan gol bodoh semasa bertemu southampton dan chelsea.dibeli pada harga terlampau mahal ketika itu 4.5 juta pound dan dijual kembali selepas hanya bermain 4 perlawanan






Fabian Barthez mei 2000-april 2004

boleh dikira paling cemerlang dan hebat berbanding yang ada dalam senarai berdasarkan aksi menepis bola dan peningkatan kembali manchester united selepas kemasukannya.tetapi ada kalanya membuat lawak bodoh seperti membiarkan henry menjaringakan 2 gol mudah di highbury hasil kesilapannya dan aksi memberhentikan teksi semasa menentang west ham




Andy Goram mac 2001-jun 2001

paling tak dikenali kerana hanya dipinjam semasa barthez dan van der gouw cedera.sempat bermain 2 perlawanan menang 4-2 coventry dan tewas 1-2 southampton.

 Roy Carroll julai 2001 - jun 2005

golkeeper pilihan kedua yang selalu membuat penampilan dalam senarai ini.itu pun jika gaolie pilihan pertama seperti barthez beraksi teruk dan perlu direhatkan.bertahan agak lama berbanding yang lain.selalu diturunkan bila era tim howard di man utd.kesilapannya gagal menangkap kemas sepakan lambung pedro mendes sentiasa jadi buruan peminat di youtube



Tim Howard jun 2003 - julai 2007 
dibawa masuk bagi menggantikan barthez yang butterfingers.terbukti barthez lebih berkesan walaupun dipinjamkan ke marseille dan membantu marseille mara ke final uefa cup bertemu valencia.howard pada mulanya memberi impak tetapi lama kelamaan hilang impak setelah man utd ketinggalan di belakang chelsea dan arsenal yang mempunyai goalie yang lebih berkualiti.berang dengan kemasukan van der sar tanpa pengetahuannya, dia akhir nya duduk di bangku simpanan dan dipinjamkan ke everton tempat dimana dia tiada pencabar selain aksinya kini 100 kali lebih baik berbanding di man utd.

Tomas Kuszsack  julai 2007 - jun 2012

asalnya dipinjam dari west bromwich albion kemudian di beli secara kekal. di bawa masuk berperanan sebagai pengganti van der sar tetapi gagal setelah tidak menyerlah setiap kali diberi peluang.dia dibuang padang semasa menentang portsmouth pada piala fa 2007-08 di old trafford dan rio ferdinand menggantikan tempatnya di gawang gol. persembahannya lebih berkualiti dari ben foster tetapi mungkin ben foster lebih banyak mendapat perhatian media,dia seakan tersisih.

Ben Foster Julai 2005- Mei 2010

lebih banyak berita di media berbanding aksinya di padang kerana digembar gemburkan sebagai bakal penjaga gol no 1 england ??.sering dilanda kecederaan walaupun tidak diturunkan akhirnya ferguson nekad membawa anders lindegaard dan de gea untuk menggantikan terus van der sar yang bersara.

No comments:

Post a Comment