paling aku ingat semasa sampai ke jalan maharajalela sasterawan negara A Samad Said dibawa menaiki motosikal oleh unit amal malaysia dan para peserta HKR memberi laluan untuk memastikan dia tidak ketinggalan dan terlambat membaca puisi di stadium merdeka.semasa memberi laluan para hadirin bertepuk tangan untuknya.tanda penghargaan atas usaha tidak henti beliau bergiat aktif dalam perhimpunan dan demonstrasi.paling menghiburkan ucapan lim guan eng yang mencadangkan mewujudkan wifi di seluruh malaysia,mengurangkan rasuah dan menghapuskan kroni.
Sunday, 13 January 2013
Ini Cool!! HKR KL112
buat pertama kalinya aku menyertai perhimpunan dan perarakan dari masjid negara ke stadium merdeka juga ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke stadium merdeka.media jilat kaki kerajaan selalu menayangkan gambar peserta bersih ini di sertai orang melayu,semalam jelas lah gambar yang di paparkan di utusex meloya tu palsu semata-mata.aku dapat lihat di sekeliling aku ramai orang melayu dan cina hinggakan ada orang cina yang memakai baju undi pas dan lilitan kepala menyokong pas. semasa sampai ke stadium merdeka aku dapat lihat seorang lelaki dipercayai ahli majlis peguam berdasarkan pas majlis peguam di pakainya, aku dapat rasakan HKR KL112 ini lebih meriah berbanding merdeka 1957 dulu dilihat dari kedatangan ke stadium.di luar stadium ramai yang berhimpun kerana di dalam stadium sudah sempit dan sesak.aku dan abang aku terpaksa tawaf keliling stadium untuk mencari rakan-rakannya yang terpisah sejak di pasar seni lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment