sebenarnya aku mula kenal shahril ishak ni masa malaysia vs singapura perlawanan timbal balik pusingan kelayakan piala dunia zon asia pada 2011. masa tu shahril ishak dengan angkuhnya,lumrah seorang kapten mengatakan singapura akan menang kerana mempunyai rekod yang lebih baik,
masa tu aku cukup benci dengan kenyataan shahril ishak itu sebab aku masih lagi katak di bawah tempurung.bila dipanggil ke lions 12 untuk misi liga super 2012 baru lah aku dapat melihat aksi shahril ishak dengan lebih lama lagi,dan terbukti shahril ishak seorang kapten dan penjaring gol prolifik dengan membantu lions 12 menjadi naib juara liga super dan menjaringkan 10 gol dari posisi pemain sayap.
secara tak rasminya aku mengenali shahril masa piala tiger 2004 dengan imej rambut pacak berwarna perangnya itu.dan free kicknya ketika menentang kemboja di stadium cheras tetapi pada waktu itu aku lebih menyukai gaya permaianan agu casmir,indra shahdan dan noh alam shah
pada 2010 dia dipilih menjadi ketua pasukan menjelang aff 2010.tetapi singapura pulang awal kerana kekurangan jaringan dengan filipina dan vietnam.kebangkitan shahril di aff dapat dilihat pada aff 2012 dengan dia menjaringan 2 gol pada aksi menentang malaysia dan menjaringkan 2 gol untuk membantu singapura membuat comeback of the tournament kerana mereka ketinggalan 2-0 kepada laos dan shahril menyumbat 2 gol untuk menjadikan kedudukan 2-2 pada aksi ke 100 nya bersama singapura menjadikan dia pemain termuda dalam sejarah singapura mengumpul 100 penampilan antarabangsa,sebelum khairul amri dan fazrul nawaz memastikan singapura juara kumpulan.dan seterusnya kita semua tahu singapura juara aff kali ke 4,sekaligus menjadi pemenang terbanyak AFF dan shahril berjaya merealisasikan impiannya menjadi kapten singapura yang menjulang piala aff selepas aide iskandar melakukannya pada 2007.
mungkin ramai yang masih segar tentang peristiwa singapura menjuarai piala aff 2012.boleh dikatakan generasi shahril pada hari ini yang dibentuk sejak 2004 layak digelar generasi emas singapura kerana mereka menjuarai tournament aff di usia muda dan kembali memenangi di usia lewat 20 an.shahril, juga dikhabarkan sebagai pemain singapura menerima gaji terbesar sebanyak 16 000 us dolar sebulan semasa dia bermain untuk medan chiefs di liga premier indonesia yang kini sudah tiada lagi.
agak sukar untuk berhubung dengan shahril ishak secara peribadi kerana dia tidak mempunyai akaun twitter,facebook,blogspot,wordpress,tumblr.shahril ishak sebenarnya seperti ada hikmat untuk menjaringkan gol apa bila bertemu malaysia, ceritanya begini pada tahun 1999 ada seorang budak berusia 15 tahun menjaringkan gol semasa singapura bertemu malaysia dalam kejohanan Lion city cup dan berakhir 3-3, budak itu menjaringkan gol seperti maradona dan melipat jersi menutupi mukanya seperti fabrizio ravanelli.dan budak itu adalah shahril ishak
angka 17 dalam hidup shahril
dari dulu lagi shahril sudah memakai no 17 sebabnya legenda singapura fandi ahmad memakai nombor itu,begitu juga zainal abidin hassan bekas pemain malaysia yang dahulunya bermain untuk pahang dan selangor yang sentiasa mengecewakan peminat singapura. fandi ahmad,zainal abidin hassan dan shahril mempunyai angka 17 pada nombor telefon mereka.dan juga zainal abidin hassan meletakkan angka 17 pada restorannya iaitu lagenda 17 di shah alam.
shahril mula memakai no 17 pada tahun 2003 semasa dia mula mendapat cap antarabangsa pertamanya menentang maldives dan nombor 17 itu diberi oleh PN Sivaji kepadanya. shahril melangsungkan perkahwinannya dengan Nur Hidayah pada 17 april 2009 dan anak perempuannya Mysha Aludra lahir pada 17 mei 2012.
kenangan di stadium kallang yang tak dapat dilupakan
dia bersama ibu-bapanya dan 2 orang abangnya menonton perlawanan singapura menentang brunei pada 1993 dan dalam perlawanan itu singapura membelasah brunei 8-0 dengan v sundramoorthy menjaringkan gol melalui sepakan gunting,dan pada hari ini shahril bermain di bawah kendalian v sundramoorthy.
No comments:
Post a Comment