Friday, 5 October 2018
Minyak Rambut A1
Tapi lecehnya minyak rambut ni lepas sapu kat kepala kena basuh bersih bersih sebab minyak wax tu tak tanggal kalau bilas guna air je. Kena bilas dengan sabun baru hilang. Sebab minyak rambut jenis ni berasaskan lilin = wax. Kat pakejing nya bertulis dikilangkan di KL. Tapi aku pelik kenapa tak penah jumpa minyak rambut jenis ni kat KL? Biasa orang jumpa minyak rambut Tencho. Sebab tekstur dia sama dengan A1 ni. Pakejing pun sekilas pandang langsung tak nampak macam minyak rambut, sebab bekas nya yang kecik tu dah macam bekas minyak panas. 2018, aku pun terdetik nak beli minyak rambut jenis ni dan harga dia dah naik ke 90 sen.
Saturday, 1 September 2018
Fatin Syahirah - Pelakon Baru
Wednesday, 29 August 2018
Fatin Nadhirah Zahib
Sebelum ni dia belajar kat Uitm Raub, Sekarang kat Uniten (Universiti Tenaga Nasional)
Asmawi Bakiri
Friday, 17 August 2018
SMK Taman Setiawangsa
Penulis pernah bersekolah di sekolah yang terletak di kaki bukit Setiawangsa inu mulai tingkatan 2-5, penulis memasuki kelas 2 gigih, kemudiannya 3 setia. Selepas PMR, penulis dimasukkan ke kelas SPM aliran perdagangan. Terdapat 2 kelas untuk aliran ini iaitu Jaya dan Maju. Pastinya Jaya lebih bijak pelajarnya kerana ditempatkan berdasarkan keputusan pmr yang lebih baik dan sudah pasti memiliki A dalam slip pmr.
Untuk tingkatan 1 hingga 3 pastinya leceh dan tidak relax kerana jika gred peperiksaan akhir tahun merudum sudah tentu jatuh ke kelas lebih rendah tahap gred nya.
Tetapi untuk SPM, kami tidak lagi perlu risau kerana kami akan kekal bersama untuk 2 tahun ini di tingkatan 4 dan 5. Secara tidak langsung, sistem ini mewujudkan ikatan mesra dan rapat sesama kami di luar kelas. Biarpun sudah bertahun tahun tidak bertemu kerana masing-masing ada komitmen sendiri selepas tamat SPM, menyambung pelajaran dan mula memulakan alam kerjaya. Kami masih ingat sesama sendiri dan masih mengikuti perkembangan rakan-rakan yang lain dari jauh biarpun bertahun tahun tidak bersua muka. Terima kasih kepada teknologi media sosial yang merapatkan kami secara maya.
Siapa sangka kami masih berkawan sampai ke hari ini biarpun kawan-kawan di universiti, kolej, tempat kerja, kawan kawan sama hobi datang dan pergi.
Sekian lama meninggalkan kasut putih, seluar hijau dan baju kemeja putih lengan pendek. Aku tergerak untuk mengikuti perkembangan terkini sekolah ku. Agak terkejut, bukan kerana bangunan baru sebaliknya Ada aliran baru dimasukkan iaitu aliran agama harian, selain itu nama-nama kelas juga sudah diubah. Tiada lagi nama-nama seperti Amanah, Bestari, Cekap,Dinamik,Gigih,ilmu,Jaya,Maju,Rajin,Setia,Tekun,Usaha,Yakin seperti zaman aku dahulu.
Ini sesuatu yang janggal kerana tidak sampai 10 tahun aku meninggalkan sekolah itu mereka sudah menukar nama nama kelas. Begitu juga pada kedudukan lencana, zaman aku dahulu lencana dijahit di atas poket, bukan di poket baju. Di atas lencana pula dijahit nametag. Tetapi kini situasi telah berubah, lencana dijahit di poket dan nametag dijahit di tempat sama cuma lebih rendah kerana sudah tiada lencana disitu.
Pakaian pengawas? di zaman aku spm tahun 2009 dahulu ketika itu sedang berlaku proses transisi dari baju hijau berseluar hitam ke baju biru terang dan seluar dark blue. Aku mungkin bernasib baik sempat melihat perubahan ini tetapi tidak generasi spm 2008 dan sebelumnya.
Tahun demi tahun pun berlalu, ada diantara alumni sekolah ini mula menempa nama di bidang hiburan. Pada era aku, kami hanya tahu Pierre Andre saja yang pernah bersekolah disitu dan dia pernah bertugas sebagai pengawas. Sejak itu boleh kata tiada yang menonjol di dunia hiburan, tetapi apa yang aku ingat Afif yang juga pengawas, spm 2007 pernah menganggotai kumpulan max 24/7 yang dikritik teruk kerana meniru kpop.
Bila menyebut nama Nazrin mungkin tidak ramai tahu, tetapi jika nama Juzz Thin disebut pasti ramai teringat rapper yang pernah berduet dengan Waris untuk lagu Cintaku 100%. Penulis secara tidak sengaja perasan akan kelibat Juzz Thin waktu itu kerana jika penulis lewat ke sekolah pastinya dia ada sekali, kerana dia memang sengaja datang lewat. Dia bukan lah pelajar samseng atau kaki pukul. Cuma lewat sahaja. Lagipun rumahnya begitu hampir dengan sekolah.
Tahun berganti tahun, satu demi satu alumni sekolah ini mencuri perhatian. Sterk Production yang dikepalai oleh Farhan Mazlan paling jelas untuk dikaitkan dengan Taman Setiawangsa kerana asal kumpulan itu dari taman ini dan Smk Taman Setiawangsa. Mereka ini adalah alumni spm 2011.
Akhir sekali penyanyi, Sissy Imann. Penulis tidak mengenalinya secara peribadi kerana penulis tidak sempat bertemu atau terserempak dengannya kerana dia baru tingkatan 2 dan sesi petang sewaktu penulis berada di tahun terakhir.
Sistem Bahagian Di Sarawak
Sarawak agak unik sedikit struktur pembahagian wilayah wilayah dalam negeri nya.
Berbeza seperti Semenanjung, yang kebiasaannya bermula dengan Negeri, disusuli Daerah, diikuti oleh Mukim dan akhir sekali, Kampung. Kelantan sedikit berbeza kerana menggunakan Jajahan menggantikan Daerah.
Tetapi di Sarawak, dimulakan dengan peringkat Negeri, seterusnya Bahagian (Division) berikutnya Daerah, diikuti oleh Daerah Kecil (sub district) dan akhir sekali, Kampung. Tiada Mukim untuk sistem di Sarawak.
Secara rasminya, Kampung memang tidak ada tetapi biasanya jika kampung itu sendiri sudah berkembang dan meluas hingga memiliki sub-kampung, pastinya hierarki kampung diguna pakai selepas mukim/daerah kecil/daerah. Tetapi tidak semua tempat mendapat status daerah kecil, ada yang terus diletakkan dibawah daerah tanpa dinaiktaraf menjadi daerah kecil.
Kenangan Metrobus
Sepanjang lebih 1 dekad menetap di KL sekalipun aku tak penah naik metrobus, tambang metrobus pun aku tak tau.
Sebab aku lebih prefer naik LRT ke pusat bandar. Aku mungkin antara yang bernasib kurang baik takde merasa pengalaman naik metrobus ni.
Patut la lama tak nampak bas ni, rupanya dah lebih 2 tahun tak beroperasi. Kali terakhir aku jumpa bas ni, livery atau kaler dia dah tukar putih kosong (plain white).
Sebagai seorang yang kerap melihat metrobus tapi sekalipun tapenah naik, first impression aku dah cukup buat aku rasa tak selesa. Dengan badan bas macam tak penah cuci je, comot nya, pastu plak macam tak penah langsung usaha cat baru atau tukar je terus ke model lain. Dahla model metrobus ni guna model sama macam bas sekolah, bas express yang cuma ada 1 pintu masuk, situ masuk situ la keluar. Berbeza dengan Rapid KL yang tengok dari luar dah nampak gah. Ruang dalaman tampak luas, pandangan transparent (telus) jadi senang la kita yang menunggu diluar ni buat keputusan nak naik ke atau tunggu bas seterusnya kalau sume berdiri dalam bas macam sardin. Keselesaan toksah citer la, nak keluar pun teratur sebab ada 2 pintu, masuk dari depan dan keluar atau scan kad Touch n go/Myrapid kat scanner ikut pintu belakang.
Ye, aku tau rapid KL modal besar sebab under prasarana. Tapi takkan la kau tanak kompetitif?? untuk kekal relevan dan kompeten dalam apa apa bidang,industri kau kena sentiasa ada progress. Bukan stick kat 1 point je.
Papepun tamat disitu la kisah metrobus. Bas yang sinonim dengan badan bercat putih dan diselangi garis biru dan hijau.
Nasik Set, Nasi Bujang
minuman sahaja sudah mencecah 8.50 ke rm 10 ringgit di kedai masakan Melayu. Mahu tidak mahu, penulis kena juga berjimat apabila makan dan melepak diluar supaya tidak pokai. Bayangkan dengan bermodalkan rm2.00-2.50 boleh mengisi perut dengan sepinggan nasi, telur goreng, sambal belacan + timun, sup dan ais kosong atau sirap jika tuan kedai bermurah hati.
Wednesday, 15 August 2018
Filem Melayu : Darah Satria
Leftenan Muda Ariff yang berkhidmat untuk Rejimen Askar Melayu Di Raja, melangsungkan perkahwinan dengan Rafidah, jiran sekampung nya. Rafidah bertugas sebagai guru agama di kampung mereka sering berjauhan dengan Ariff atas faktor tugasnya yang sering mengawasi perbatasan negara.
sub-plot filem ini, Badul dan Iskandar, 2 orang rekrut muda berpangkat Prebet yang hanyut dan lalai dengan hiburan.
Filem ini banyak berlatar belakang kan Malaysia era pasca merdeka dimana para perajurit negara dipaparkan memerangi pengganas Komunis di hutan. Biarpun tidak lagi agresif seperti era sebelum 31 Ogos 1957 tetapi Komunis masih lagi 1 ancaman kepada keselamatan negara. Kerana mereka belum lagi isytihar untuk meletak senjata sehinggalah perjanjian Baling 1989.
Lt. Muda Ariff dinaik pangkat kepada Leftenan selepas kejayaan operasi di hutan.
Semasa pulang sebentar menjenguk isteri di kampung, Ariff diperintah melapor diri kerana ada operasi Indera Jaya. Ariff yang belum sempat lagi menghadiri kursus sebagai Pegawai Risik.
Semasa bertempur dengan pengganas di hutan, Iskandar telah terkena jerangkap samar dan terkorban. Badul yang sedih dan berang dengan kematian Iskandar telah bangkit dan berkobar kobar untuk menumpaskan pengganas.
Lt Ariff sempat menandakan 1 jerangkap samar supaya anggotanya lebih berhati hati, malangnya Badul yang tidak tahu akan tanda itu telah terpijak dan meletup. Tuan Ariff cuba menyelamatkan Badul malangnya dia turut terkena ledakan itu. Badul cedera ringan, manakala Leftenan Ariff cedera teruk. Dia buta dan mengalami kecacatan kekal.
Cuma ada sedikit ketidakselesaan di penghujung cerita ini bilamana Ariff mengumumkan pada orang tua, mertua dan isterinya dia tidak lagi normal seperti lelaki lain kerana hilang ke lelakian nya. ini agak taboo untuk filem yang ratingnya sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. Malahan filem perang Hollywood tidak berani menampilkan masalah batin sebegini.
Friday, 10 August 2018
Malam Penuh Bermisteri 2013 Filem Melayu
Tanpa dia sedari, sebenarnya roh dia pulang ke rumah kerana jasadnya telah mati dibunuh malam sebelum itu. Oleh sebab itu ibu bapanya tidak memberi perhatian kepadanya kerana mereka di alam berbeza.
Sepanjang filem ini, Lisa secara tidak sengaja bertemu kembali dengan roh-roh senasib dengannya. Ada yang mati dilanggar, ada mati lemas.
* filem ini banyak menggunakan dubbing, rakaman semula suara. Suara Rahim Razali, Mislina Mustafa dan Sasha Omar. Dibarisi Azri Iskandar, selain 2 nama otai dalam industri hiburan tanah air, sepatutnya filem ini mendapat review yang baik tetapi hasilnya tak seperti yang diharapkan. Kualiti dubbing amat mengecewakan. Seakan akan cuba mempersendakan gaya bahasa pelakon asal. lebih lebih lagi suara dubbing untuk watak Dato Rahim Razali. Mislina Mustafa pula bukanlah pelakon sebarangan kerana dia sudah berpengalaman tetapi suara dubbing menggantikan suara asal beliau terlalu lemah kualiti nya.
Penulis sendiri kali pertama mendengar dan menonton filem ini. Tidak menyangka pula naskhah ini sebenarnya dirilis dalam format filem. Penulis secara kebetulan menontonnya di astro mustika. Sekalipun penulis tidak pernah melihat trailer, poster filem ini. Selepas digugel rupanya dikeluarkan pada November 2013 !! 5 tahun dulu.
Sasha Omar, pengarah dan pelakon watak utama filem ini terlebih dahulu berlakon dalam filem tamil, dan ini adalah debut sulungnya dalam percubaan menerobos scene filem Melayu. Terlebih dahulu dia pernah menerbitkan filem yang mempunyai jalan cerita sama dalam genre tamil yang dinamakan, Atenga.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/malam-penuh-bermisteri-1.216938
Monday, 6 August 2018
Lee Fah Mee Laksa Sarawak
Kenangan Ampang Park
Ampang Park pada satu ketika menjadi tumpuan warga kota kerana banyak jenis barangan yang dijual ditawarkan disitu, arked video game juga ada disitu lama dahulu. Lama kelamaan seiring dengan kepesatan pembangunan Kuala Lumpur, Ampang Park kian dilupakan kerana banyak pusat membeli belah terkemuka dibangunkan disekitar kawasan itu. KLCC pula tidaklah jauh dari situ, pada pengalaman penulis tidak sampai 1 kilometer berjalan kaki sudah sampai ke KLCC.
Rekaan AP asalnya berkonsepkan pengudaraan terbuka (open air) tetapi disebabkan udara panas, maka kawasan yang terdedah ditutup supaya lebih dingin di bahagian dalam. Rekaan ini mirip dengan pusat membeli belah Subang Parade di Subang Jaya. Subang Parade juga bertutup supaya suhu dingin di dalam kekal nyaman dan selesa.
Penulis yang hanya berkunjung ke Ampang Park zaman dimana ia kian suram dari sambutan orang ramai. Tetapi masih berupaya merasai signature yang terdapat di pusat membeli belah ini seperti kedai Laksa D Lite yang betul betul terletak di pintu masuk mall ini, tak lupa juga Cozy Corner yang sinonim dengan Amp Park.
Usaha merobohkan Ampang Park sudah diusulkan sejak 2015 lagi dan sejak itu usaha dan kempen untuk seperti Save Ampang Park turut digiatkan. Apakan daya, tiada lama tiada baru. Maka Ampang Park terpaksa memberi laluan kepada pembangunan baru.